Saturday, April 27, 2013
berlari menuju pelangi
sehari dua ni
aku rasa ada sesuatu yang ketuk hati ni
nak jadi lebih rajin
lewls
jujur aku kata
semester 2 ini banyak mengundang keserabutan di kepala
salahnya mungkin ada di benak sendiri
maka aku berdiam diri sahaja
beberapa hari lepas
aku ada berbicara dengan seorang sahabat
( terima kasih pada dia utk nasihat ini )
dia kata hendak berjaya ni
mungkin akan mengambil masa yang lama
tapi jangan rasa apa yang kita dah lalui itu
sebagai sesuatu yang membuang masa
contohlaa
dahulu aku belajar asasi undang - undang
sekarang aku sambung ijazah sarjana muda pentadbiran korporat
kan lain bidang tuh
walaupun asasi mengambil masa setahun
ia tetap megambil setahun usia aku
tak kan aku nak kata
aku dah buang masa satu tahun belajar bukan?
aku fikir laa
macam kawan aku cakap
aku belajar bnyk benda waktu asasi dahulu
i gained a lot
and which makes me a lot more better
dari diri sendiri masa di sekolah dahulu
ehem
betul jugak
sekurang-kurangnya
aku ada asas undang-undang
bila kau belajar undang-undang
skill putar belit ayat tu kau memang akan ada
* ok , ini menyimpang ... haha
and aku kenal ramai orang
aku belajar hidup jauh dari negeri sendiri
( sebab asasi kat kuantan )
belajar naik bas
( sebab dulu sekolah dekat , parents hantar je )
banyaklaa
dan hidup kat sana memang best
jujur kata memang best
dan aku juga belajar utk lebih berdikari
bila masuk degree
aku belajar pasal management pulak
belajar macam mana nak deal dengan orang and etc
walaupun aku sedar aku passive sikit degree ni
( aku pun tak tahu kenapa )
tapi aku belajar bidang lain
yang menambahkan pengetahuan kat kepala dan diri ni
alhamdulillah
Allah bagi peluang untuk terus belajar
back to topic kat atas
aku rasa aku bit lost sikit semester ni
mungkin aku high hope
aku pun tak pasti
tapi aku rasa
aku perlu lebih rajin lagi
sebab kalau aku nak gained sth
( sth tu singkatan utk something - bagi those yg mungkin tak tahu laa )
aku yang perlu usaha
and yes
aku perlu sokongan
aku dah terlalu muak
ditinggalkan di belakang
atau tidak dipedulikan oleh orang2 yang berkepentingan
dan aku pulak memang suka buat perangai tak ambil kisah
tapi aku tahu masih ramai yang menyokong di belakang
dan aku tahu Allah sentiasa di sisi
makanya aku harap
aku terus ada kekuatan utk menjadi lebih baik
dan berlari menuju pelangi yang indah
mungkin aku akan terleka
kerana manusia sifatnya mudah lupa
tapi aku berharap
aku ada doa kalian
dan aku juga kita semua berjaya bersama-sama
Ya Allah
permudahkan lah urusan kami semua
amin
semoga kita semua sentiasa berada di bawah lembayung rahmatNYA
jaga diri
^_^
Friday, April 26, 2013
narrow minded ???
ada orang
bila tak suka dengar sesuatu benda
dia kata
" tak payah amik tahu lah weyh , tak masuk exam pun "
bila kau dengar orang kata benda ni
apa reaksi kau?
kalau aku
jelingan tajam mungkin hadir kat muka ni
atau kalau aku tak tunjuk
dalam hati cukup laa
kalau nak berhujah
haha
tak payahlaa
know what?
dalam dunia sekarang
nak tak nak kau kena amik tahu
at least serba serbi
orang suka amik tahu pasal cam mana nak berjaya ja
atau paling kurang
fikir macam mana nak kaya
dik
ilmu Allah tu luas
jangan sempitkan kepala otak kau
maksud aku
try jugak ambil tahu kisah orang
luangkan masa baca benda2 ilmiah yang selainnya
jangan rasa benda yg kita belajar informal ni tak penting
aku pun tak laa nak scopekan entry ni hanya pada pembacaan
ruang sosial pun penting jugak
sebab kau hidup kat dunia pun kebanyakannya dengan manusia
jadi belajar laa jugak manusia tu macam mana
effort nak faham orang pun ambil masa
yes
tak mudah nak rajinkan diri
tapi at least
try
aku pun tak serajin mana
cuma pernah seketika
aku perlu utk membaca sesuatu yang mungkin di luar kotak syllabus
kerana aku perlu idea utk berhujah di pentas pertandingan
tapi
tulah masalahnya sekarang
nak rajin tu susah sebab hectic sgt jadual
*kunun
tapi apa yang aku rasa
at least
bila kita baca banyk benda
kita jadi tahu
dan bila orang tipu kita
tak ada laa nampak dungu sgt buta2 percaya
dia kata apa
kan?
ehem
good point gained kat situ laa
mungkin
one thing laa
bukan nak kata apa
bila kita sempitkan pemikiran kita
kita tak ber "gerak" banyak
otak kau berputar kat situ ja
kadang aku terfikir
kau tak bosan ka
fikir benda yang sama ja?
err
nasihat utk aku dan kau jugak
jaga diri
^_^
Thursday, April 25, 2013
kau ade???
ketahuilah bahawa
entry ini sengaja ditulis
utk menayangkan buku Ramlee Awang Murshid yang aku ada
haha
aq bukan apa
rasa happy tu aq je laa saja nak tunjuk walaupun buku2 novel yg aq ada bukan sealmari
kisah?
haha
anyhow
aq suka nukilan beliau
dan berharap ideanya tak pernah habis
those yg nak baca novel yg extreme
he is the author yg aq boleh suggest laa
best sgt buku dia
oppss to say
kebanyakan novel sekarang
bnyk pasal cinta
tak kisahlaa sebab karya masing2
dan aq pun ada baca jugak
tehee
tp buku tulisan Ramlee Awang Murshid ni ada kelainan dia
aq tak tau nk habaq lagu mana
so why not
korang cari a book kat bookstore
buy it and read it
hehe
plus
membaca kan amalan mulia
sehingga ketemu lagi :-)
ありがとう 。 = terima kasih (^^)
Wednesday, April 24, 2013
kecuaian menganalisa fikiran
aku mengharap bulan jatuh ke tangan
mengimpikan sinaran dipantul ke muka
serlahkan impian di mata
tapi aku rasa ada cermin memantul cahaya
aku rasa aku mula goyah di laman masa
maka adakah aku perlu terbang ke matahari ?
mencari cahaya yang pudar di mata hati ?
aku senantiasa berasa
aku tersalah langkah di kesemua arah
buat aku terpana
terhenti mencari kiblat sebenar
aku menangis di dalam hujan
menanti pelangi di balik awan
tapi tidak kutemu sampai ke sudah
ke mana aku harus melangkah?
fikiranku terbang di balik kilat
mencari ketenangan di kala senja
walau payah
namun aku berharap
kesusahan ini
baik pengakhirannya
Thursday, April 18, 2013
malas !!!!
tajuk tu dah bagi tau apa aku rasa sekarang
kemalasan yang terlampau
2 hari lepas aku ada test IR
utk one of killer paper time degree nih
ok laa soalan dia
sebab at least am a bit ready
tadi aku ada kuiz akaun
mungkin sebab aku tak faham
or kepenatan stay up beberapa hari lepas
buat aku tertidur lepas solat subuh
mungkin
jujur
badan aku penat gile
kuiz akaun pukul 10.30 pagi
aku bangun 10 pagi
wallaweyhhhhhhh
nasib aku tgk jugak akaun malam semalam
tapi menangis jugaklaa aku menjawab tadi
bila tgk kawan2 kelas yang rajin
dan pandai
aku rasa macam ____________
kemalasan terlampau
atau aku terlalu nak kejar perfection dalam semua benda aku buat
aku pun tak tahu
aku penat !
dan aku malas !
cuti ni
kena muhasabah diri
*pandang langit
dan mengiyakan dalam hati
sigh
Sunday, April 14, 2013
bad mood?
suka sangat
tajuk bahasa lain
entry bahasa lain
asal kau faham sudah laa kot
--'
hari ni
ada sesuatu yang terjadi
dan ia buat aku sangat tak ada mood nak study
or buat sesuatu yang di senaraikan
di dalam senarai priority
aku hanya mampu mengeluh
haih
aku tak nak cerita apa yang terjadi
cukuplaa seharian aku berdiam diri hari ni
ehmm
kisahnya aku ada paper mid term esok
petang esok
tapi aku hanya baca sikit jer
( dah baca dah actually - aku rasa laa )
* aku tak tau - aku belajar cara lain kau belajar cara lain
kot
so yeahhh -_-
tu ayat nak sedapkan hati jer sbnrnya
whatever laa
ok back to story
so bila aku tak rasa yang aku study bnyk
so aku jadi risau
tapi masalahnya nak baca tak dak mood
and tak masuk
sedih weyh
tak suka situasi macam tuh
so tadi aku keluar
seorang
sebab semua nak study
aku xnak kacau
tak jauh pun aku keluar
masih di area shah alam
aku tak tau laa
serabut sikit aku hari ni
haha
tapi tapi tapi
aku dah ok dah sekarang
aku tahu
aku ada ramai orang yang sokong aku
dan sebab itu jugak laa aku mampu nak senyum balik sekarang :)
esp to my besties
sakinah and haziq laa
both do understand me a lot
aku call jer pun tau aku tak ok
haha
I am so glad that I have them in my life :)))
and also those yang aku text
and yang aku call
and yang aku ceritakan masalah aku
(mostly yang aku rasa dekat dan ada percentage nak jumpa laa)
yang sentiasa setia mendengar
dan sewaktu dengannya
aku tak mampu nak senaraikan siapa
ada sesetengah kepunyaan sesetengah pihak
kang kalau ada yang cemburu
aku pulak yang kena satgi -_-
tapi aku happy sebab
aku tahu ramai yang senantiasa menyokong di belakang aku
cuma aku jer laa
perasan atau tidak
maaf jika aku tak layan sesetengah macam tak sama berat ke apa ke
tapi aku berharap sangat
walau di mana pun anda
walau siapa pun anda
aku berharap semoga Allah sentiasa berkati kalian semua
aku gembira sangat
yang kalian semua senantiasa berdiri menyokong
dari belakang
atau dari mana2 sisi pun
thanksss a lot
***
those yang close dgn aku
mungkin boleh terus trace kalau aku bad mood
sebab aku jarang buat muka tak happy depan diorang
and kalau kau jenis sekepala
aku akan excited sungguh bila bercakap dengan korang
( tu yang diorang cakap laa LOL )
sebab aku memang bnyk cakap
kot
aku rasa laa
haha
-_-
so bila aku berdiam diri tu
maknanya ada sesuatu lah tu
sesuatu lah sangat kan
haha
p/s :
masalah aku sbnrnya bukan pasal pelajaran
yang ada kat atas nih tu sampingan
dan aku tau aku patut ambil berat
-_-
***
ok korang
take care ^^
Labels:
bestie,
friends,
leisure,
motivation,
my story,
tinta hati
Thursday, April 11, 2013
peperiksaan pertengahan semester 2
salam
good day everyone
bukan masa sekolah jer
ada peperiksaan pertengahan tahun
kat universiti pun ada
cuma orang panggil mid term test
basically kat uni
test tu orang prepare lebih sikit dari kuiz
tapi both bawa carry mark yang bnyk laa kat subjek tuh
and yet kat my uni
tak semua fakulti ada mid term test
macam fakulti aku
dia ada spesifik satu minggu utk test
but still tgk lecturer tu jugak nak buat bila
so macam aku
ada certain subjek macam
business law
ekonomi ( baru jer test tadi )
dah cover minggu nie
minggu depan
giliran subject core utk degree aku
paper IR ( industrial relation )
dengan paper management
both nie
kalau tak prepare
even utk 3 or 4 chapter
bersedialah untuk menangis
banyak kot nak kena baca
jujur aku cakap
test akaun pun minggu depan
utk business statistic aku tak sure bila
dan aku pun tak tau ada ke tak
haha
anyway
doakan kesemuanya ok
tadi utk paper ekonomi
boleh tahan bnyk diagram kena lukis
kalau yang budak dari asasi tuh
tak payah nak bajet kau hebat sebab pernah belajar ekonomi
degree nie sangat laa beza
so tak payah nak bajet sgt
( kalau kau dari asasi , junior esp , dan kau baca entry nie laa )
tu nasihat , bukan kata2 penjatuh semangat
aku pun dari asasi jugak
sebab rasa macam pernah belajar
so ingatkan senang
nak nangis jugak laa dalam kelas tuh
haha
kalau nak semua benda senang
duduk rumah tak payah buat apa2
memang tak jadi orang laa jawabnya
makanya
semua benda nak kena ada usaha
baru ada hasilnya
aku nasihatkan diri aku dan siapa2 yang membaca
marilah kita rajinkan diri sama2
ok?
jaga diri awak2 sekalian ^^
Friday, April 5, 2013
the best partner
I just called my best friend
not only best friend
he is somebody that
I could not care less
or simply said
no matter how things goes
I can't show how much I care about him
to other person
I just do not know how to show to others
perhaps not now
since am not married
but yet
so far
he is the best partner
I ever had
I still do love all my friends
but he's one exception that I could not care less
LOL
I do not know how to put this in words :3
this one entry is special for him
although I have a few here
in this blog :3
I do realized that
we didn't contact each other
for quite a time
each of us are busy with our stuff
studies and our own commitment
even if we are far away
I still know that I am concern enough
to at least think
but could not resist myself to just keep my self busy
as I know
he also committed to his studies as well
huhu
few days back
I've visited him at his university
so its kind of a call back
to meet him
miss him a lot u know
haha
It was a long phone call
and I hope I can meet him in the near future
inshaa Allah
dear my dearest,
whatever it takes
I am always praying and hoping
that we will still be together until the end
no matter what happened
I really hope we always be there together in whatever situations
I could not promise much
because I do realize that I am also a human
I tend to forget
but please
do remind me if I forget
and yet
nobody can be the best as you
and who ever it is
you are that one special person that
I own and I am pretty sure
I am so glad HE sent you to me
have a blast
take care
with lots of love
- syaf -
lepaskan yang mana?
baru habis kelas akaun sebentar tadi
sekarang menghadap komputer riba
menaip dan berfikir
apa aku nak lepaskan
selepas ini
ok
lepas ni ada trip ke SCM ( setia city mall )
sebab ada class gathering
and at the same time nak celebrate birthday
one of the classmates
so sekarang ni
aku dalam dilemma
nak gerak ke sana tu rancangnya
dalam pukul 3 petang
itu adalah selepas solat jumaat
makanya aku berfikir
tempat kami nak pergi makan tu
ala2 buffet
( or whatever ejaan dia , aku tak tau )
malam ni aku ada kokurikulum
asalnya hari khamis laa
tapi coach decide nak buat hari jumaat
aku ada text CR semalam
tanya ada kelas ke tak minggu nie
dia tak balas
dia pun fakulti lain
aku malas nak call dia
nak tnya coach sendiri
tak kan laa weyh
dah laa dia datang jauh2
dia jadi tak sedap hati bila
kau jarang sedap hati nak ponteng itu ini
makanya
aku tengah kesusahan hati
gitu -_-
bila dah ambil set dinner
tak kan nak makan kejap jer
or else mesti lama kat situ
sebab gathering kan
and yet
kokurikulum tu start after maghrib
and perjalanan dari mall ke kampus
lebih kurang setengah jam
oppurtunity cost (apa yg aku kena forgo) tu
aku sendiri tak tau nak pilih yang mana
ya Allah
please help me >_<
tak sangka
salam kesemuanya
sekarang jam 12.26 pagi
5/4/2013 - Jumaat
alhamdulillah Allah bagi lagi peluang
nak tulis kat sini
dan berfikir
dan segala peluang yang ada
moga kita selalu jadi orang yang bersyukur
tadi aku nak pergi satu program
tapi aku tak ada hati sungguh nak pergi
maka segala perjalanan aku tu
macam lambat jer
last2 aku tak pergi -_-
masa nak balik kolej
aku terserempak dengan kawan aku
waktu ni malam laa
baru jer tadi , LOL
mula2 aku ingat nak duduk sorang
lepas tu dia pun nak makan
maka dia temankan
sambil dia makan nasi
dan aku minum mountain dew *wink wink
kami duduk laa bercerita
sejujurnya macam entry lepas
aku cakap aku macam serabut sikit lately ni
apabila serabut
plan macam mana pun
rasa macam tak ada hati nak buat
aku tak suka perasaan tuh
jadi nak kena cari kekuatan balik
dan aku tau tak mudah
dan tadi aku pun cerita kat kawan aku tuh
dan dia pun rasa benda yang sama aku rasa
semester ni
sungguh aku kata
nak main2 pun tak sempat
kalau tak urus masa tu
memang macam nak menangis laa
sebab banyak sangat kerja
test dan kuiz bertimbun
aduhai , penat nak kejar
banyak laa kitorang cerita
haha , lama jugak laa duduknya
lepas tu datang lagi seorang
kami pun duduk bertiga
berkongsi cerita sampai beberapa ketika
jujur aku kata
problem aku pun macam hilang
apabila kita cerita kat orang
dan diorang pun supportive sangat
thanks ya Allah for sending them to me
kadang2 kita tak sangka
orang yang kita jarang jumpa
itu yang akan ajar kita sesuatu
dia yang akan dengar masalah kita
dia yang doakan utk kita
etc
itu sebabnya
mak aku selalu kata
kawan dengan ramai orang
dan sekarang aku tahu kenapa
haha
dah lama perasan benda ni
saja nak tulis :P
makanya
hargailah sesiapa pun yang hadir dalam hidup kita
tak kisah siapa
jangan nilai manusia berkaitan yang buruk sahaja
kita pun bukan sempurna
aku ada kerja akaun yang perlu dibuat
dan hujung minggu nie ada program
minggu depan test berderet
lagi dua minggu ada mid term test
doakan kami semua
jaga diri ^^
Wednesday, April 3, 2013
kepenatan terlampau dan presentation
jujur aku katakan
sekarang ni aku penat yang amat
masa tgh menaip ni pun tunggu nak lelap jer mata ni
baru balik kelas tadi
nak duduk kejap
maka aku menulis
aku tak tau laa
mula seminggu dua ni
kerja dah start bertimbun
eh tak
kerja memang tak kan pernah nak habis
tapi aku rasa macam
banyak sungguh benda nak kena cover
and yet rasa macam tak buat apa2
risau tu sentiasa ada
and aku rasa sampai macam nak nangis
sebab bila nak tidur
dah laa penat
tapi tak boleh
kau faham tak perasaan tuh?
gap kelas pun tak berapa nak banyak
makanya
nak tidur pun bukannya option yang baik
tapi aku nak ulangkaji pun
ehem -_-
aku tahu semester nie
nak main2 pun tak boleh dah
doakan aku dan sahabat yang lain
terima kasih daun keladi ^^
ouh yea
tadi ada presentation management
aku buat dengan lagi dua orang
farhana dan zana
they are good
kami bawa 2 soalan
di bawah satu tajuk
PLANNING
merancang ( planning ) ni salah satu cabang utama
dalam pengurusan ( management )
jadi an hour b4 kelas tu
memang ada praktis sikit
tapi cuak tadi tak payah cakap laa
menggeletar jugak aku bercakap tadi
rasa macam
apa benda aku cakap ni
anyhow
alhamdulillah
miss cakap
our presentation is beyond her expectations
and she said that it was the best !!!
haha
happy kot masa tuh
tak jangka pun
sebab dari sisi aku sendiri
aku rasa macam point yang kitorang bawa tu
macam tak cukup
tapi bila miss cakap ok
then lega laa sebab at least
jawapan ktorang tu melepasi piawaian
alhamdulillah
and yet she said
that I am fluent in presenting
aku macam ber monolog kejap
" like seriously? "
haha
but anyhow
aku tahu
banyak lagi aku kena improve
inshaa Allah in the future
lets develop and improve to be better
okay uolss?
LOL
take care yaww
aku dah penat
nak tidoq sat
jaga diri ^^
Subscribe to:
Posts (Atom)