salam kesemuanya
hari ni tetiba rajin pulak nak update pasal subjek
mana tahu mungkin ada yang nak tahu kan
junior2 ke , sape2 ke
kalau ada la -_-
ok basically semester 1 ada 7 subjek termasuk kokurikulum
dan semua ini wajib di ambil
maksudnya tak ada elektif apa semua lah
ada 18 jam kredit
yang dalam braket sebelah nama subjek tu jam kredit utk subjek tu
ADS410 - introduction to public sector quality management (3)
subjek ni subjek core fakulti
subjek ini mostly pasal quality management
theory dan apa yang management patut ada
how to have a good management macam tu la
subjek ni senang nak score kalau korang rajin membaca
yes - wajib RAJIN MEMBACA
CTU551 - tamadun islam dan asia tenggara (2)
biasanya orang panggil subjek ni TITAS
basically mostly university ada subjek ni
kira kalau pakai notes dari uni lain pun kira xde hal lah
tapi better kau pakai buku yang lecturer uitm sendiri tulis :)
and subjek ni belajar pasal asia tenggara
macam mana Islam tersebar
kalau kat sekolah , subjek ni macam subjek sejarah
tapi aku suka subjek ni sebab dia lebih meluas lah konteksnya
MAT112 - business mathematics (3)
bila masuk university
mathematics dia nak tak nak mesti akan ada jugak aplikasi matematik moden dan matematik tambahan
tapi xla susah pun
subjek ni lebih mendalam berbanding add math dan math moden la
kira korang akan belajar all calculation regarding to business
seriously subjek ni best
dengan syarat kau selalu buat latihan
CSC413 - introduction to interactive multimedia (3)
kalau yang dari asasi , mesti pernah belajar CSC kan?
CSC ni belajar pasal computer
and those things regarding to multimedia
subjek ni terbalik sikit cara kira carry mark dia
40% final 60% carry mark
so korang kena betul2 score kerja lab dan tests
LAW245 - malaysian legal system (3)
for those yg dari asasi law
MLS ni macam kau gabung law2 and law3 sekali
tapi lebih senang dan lebih deeper
lebih senang sebab ada contract dan tort sahaja
lebih deeper sebab ada tambahan macam land law dan tambahan lain
tapi jangan risau sebab subjek law kita x sedalam those yg belajar law
so subjek ni inshaa Allah boleh jer korang bawa
and those yg bukan dari asasi
korang pun boleh je score subjek ni
ramai je budak batch aku score even diorg bukan dari asasi law
some even do it better dari budak foundation law kot :D
ACC114 - accounting I (3)
subjek ni bonus utk those yg ada basic accounting
tapi yang xde basic macam aku ni pun boleh score
( bunyi macam riak gile -_- )
kiranya aku nak ckp yang semua orang boleh score la
hee
subjek accounting ni
paling penting sekali - kau habiskan buat PAST YEAR QUESTIONS !!!
kau buatlah latihan sampai lunyai kertas past year kau
haha
aku mungkin tak sampai tahap lunyai so mampu dapat A- je
alhamdulillah
tapi korg mesti boleh buat lagi better kan? :)
Co- Curriculum (1)
ok utk pelajar semester 1
xde pilihan tapi wajib utk join kesatria
kestaria ni wajib utk those yg xpernah ada koko before
kalau those yg dari diploma dan pernah ambil koko
korang boleh buat pengecualian kredit
same goes to those yg pernah masuk PLKN
tapi aku xsure mcm mana nak ambil pengecualian kredit
sebab aku dari asasi yang jelas nyata xde koko dan x masuk PLKN
so memang kena ambil lah kan , haha
kesatria ni bagus jugak sebenarnya
dia ajar kita jadi berdisiplin
basically dia ajar theory pasal kawad kaki dan yang berkaitan dengannya :)
even so , subjek ni still ada exam
so masa komander ajar , korang kena tumpukan perhatian
alhamdulillah utk subjek ni aku dapat A :)
kiranya boleh lah nak score subjek ni















