Friday, January 11, 2013

pisau kata


biar mereka berkata kata
aku pedulikan
aku tahu mereka tiada kaitan

tapi aku tahu
dalam hati yang padat ini
aku sorokkan pisau belati
buat perisai dari hati yang mati
kerana busuk x bererti
memancing rasa membunuh dalam diri

kau tahu
kata2 kau macam puaka
tak mengenal hati dan perasaan manusia
kerana kau hidup dalam awan jingga
mati busuk tiada siapa sangka

kenapa?

kerana kau tiada hati
cakap macam xde otak berbudi
aku doa seorang diri
biar kau berasa
pengalaman jatuh berdiri
tidak hidup berpaksikan fantasi

kerana apa?

kerana aku tiada rasa utk menjatuhkan
aku mahu kau bangkit sebagai manusia
bukan syaitan bertopengkan identiti
biar kau rasa
hidup ini perjudian langkah
bukan bergoyang kaki semata
kerana 
aku mahu kau sedar
hidup ini tidak mudah


No comments:

Post a Comment