kau tahu
tak ramai yang mampu nak cerita kat orang lain
semua masalah dia kat dunia
bukan apa
bukan tak nak berkongsi
tapi rasa macam tak tau nak share dengan siapa
aku selalu rasa
biar Allah sahaja yang tahu
lebih2 lagi bila aku sendiri rasa
tak ada orang yang akan faham
masalah yang kita ada tu
atau masalah itu berkaitan dengan orang lain
atau kau nak tutup aib orang lain
atau yang berkaitan dengannya
dan apa sahaja yang kau mampu buat selain berdoa?
apa yang aku boleh nak cakap
kalau berkaitan dengan orang lain
kau boleh cuba letak jalan cerah ( errr ... clear line??? )
antara kau dan dia
nak kena buat
sampai dia tak rasa yang apa yg kita cakap tu
buat dia lagi runsing
atau lebih teruk mungkin?
kadang2 susah nak terangkan kat orang
apa yang kita rasa atau lalui
dan bila aku dengar masalah orang
aku kadang2 tak mampu nak buat apa2
melainkan mendengar dan memberi kata2 yang sepatutnya
tapi masalahnya
aku selalu rasa
adakah aku membantu dia sebenarnya?
dan aku tahu
bila kita jadi pendengar yang baik
kita belajar utk jadi lebih kritis dari segi pemikiran
sebab kita kena urus situasi yang
orang letak kepercayaan cerita dia pada kita
dan bila masalah yang kau dengar tu berat
kau pun tak boleh nak biar dia tanggung sorang2
itu tanggungjawab yang kau kena rasa
dan ia akan buat kau jadi matang
dan lebih bertimbang rasa
dan semestinya kau kena selalu ada kat belakang dia
tapi kan
jujur aku cakap
kadang2 manusia ni
suka menerima sahaja
maksud aku
bukanlaa nak kata
bila kita amemberi tu
kita mengharapkan balasan
tapi kau tahu kan
sebagai manusia
sifat pentingkan diri tu selalu ada
dan orang yang selalu memberi
dan tidak menerima semula ni
akan selalu rasa
dia tak ada sesiapa bila dia ada masalah
rasa kosong
rasa macam bila dia susah dia tak tau nak cari siapa
aku pun tak tahu nak jelaskan macam mana
entry nie mungkin kelihatan sgt kompleks
dan aku sendiri tak mampu nak
buatkan peta mainda bagi kau faham
tapi aku rasa
bila orang ada masalah
kau dengar
cuba sokong dan percaya pada dia
dan jgn permainkan kepercayaan dia kat kau
bila dia cerita masalah dia kat kau
bukan nak kata aku malaikat
baik segala segi
tapi bila kau pandang sisi dunia nie
dari segenap sudut
tak semua orang rasa gembira sahaja
tak semua orang rasa sedih sahaja
macam mana kau nak tahu?
kenal lah manusia
jgn duduk dalam satu kelompok yang sama
dan suka2 hati letak satu persepsi dgn cepat kat orang lain
sedangkan kau sendiri
tak cuba nak faham
kenapa dia buat macam itu dan ini
sebab mungkin kau rasa kau sempurna sangat
sampai tak nak ambil tahu pasal orang lain
mungkin lah
tak gitu?
No comments:
Post a Comment