satu benda aku suka tulis kat sini
xada siapa nak restrain any ideas yg kau nak muntahkan
sekadarnya kerana tak semua manusia suka mendengar
mereka suka membaca
makanya manusia macam aku suka melantak idea disini
biar hati pena mendengar
haha
now i was thinking what am I thinking right now
ayat kemain :P
sekarang aku menulis dalam gelap
malas menghidupkan lampu
ahh mataku pasti marah
kerana memaksa sinaran dicucuk ke dia
satu benda aku rasa
aku dengar tadi ada manusia bercerita
tentang manusia yang lain
topik mudah
aku mudahkan
kedudukan kejayaan akademik
well educated ... well mannered?
haha
sebenarnya
aku pun terfikir
apa guna kalau pandai , bijak , pintar
tapi akhlak tiada?
aku pun tak sempurna
tapi kebanyakannya riak menunjukkan kepintaran mereka
dan memandang rendah kepada orang lain
sebagai manusia
aku juga terkadang alpa
mengikut nafsu melayan habuan kejayaan yang diterima
tapi aku tahu
kadang tersedar
manusia itu semua sama
kau belajar tahap mana pun
akhlak itu yang manusia puja
itu yang mereka perkatakan sampai kau tiada di dunia
kiranya
akademik itu penting
tapi aku tak rasa ia perlu buatkan diri kau riak ke langit
menjunjung sekeping kertas ke dasar angkasa
aku, kau, kita semua
juga perlu sedar
yang IQ dan EQ itu perlu setara
makanya manusia sekalian
hormatilah orang lain
jgn kerana segulung ijazah yang kau ada
kau nak bangga satu kampung kata kau anak bangsawan ternama
ramai lagi manusia yang lebih bagus
berpada-pada lah
terkadang aku nak tergelak melihat
ada manusia
kunun bicara macam tahu semua
tapi satu apa pun xada
semoga kita menjadi lebih baik
dan tak tergolong dalam golongan sebegini
kerana kita semua manusia
tarafnya sama
Tuhan sahaja yang memberi darjat
kita hanya hambaNYA
peace
take care
^_^
No comments:
Post a Comment