psst , sekadar contengan
ada perkara
perlu dihebah ke seluruh dunia
ada perkara
perlu di simpan di peti , dikunci dan dicampak ke laut
dimensi manusia itu berlainan
tak kira pandai , cantik
bijak , sopan
pendiam , kaya
etc
semua ada bicara yang berbeza
aku perlu ruang dimensi sendiri
aku tak minta
memang sudah selalu meminggirkan diri
kau fikir aku suka?
aku juga bertanya soalan yang sama
masa itu ada sesuatu yang aku perlu
tapi apabila ada , aku tidak menggunakan sebetulnya
cinta itu sesuatu yang aku butuh
tapi aku malas mencarinya
keputusan cemerlang adalah sesuatu yang aku tumpu
tapi usaha tidak setinggi awan gamaknya
kau nampak permainannya?
aku bermain dengan dimensi aku sendiri
bagaimana kau fikir aku mampu membawa diri ke langit
melihat dimensi orang
andai aku sendiri tidak mampu ke angkasa
membebaskan pagar yang membuntuti diri?
kuncinya ada
aku biarkan
pintunya ada
aku biarkan
kerana
aku perlu ruang
untuk dimensi diriku
mencari warna
yang aku mula hitamkannya
salahkah?
putihkanlah bagiku
aku masih bertatih sendiri
pudar
tercalit sepi
kau masih menconteng api
bagaimana aku mahu berdiri?
salah aku kah?
No comments:
Post a Comment