Sunday, February 20, 2011

Memori

Hye!
Hari ini saya pergi ke KISAS , lama dah x jenguk sekolah, rindu jugak, ye la memanglah  ada orang cakap "kau tu baru 2 tahun ..aku dah 5 tahun kat asrama tuh"   :P   jangan marah buat sesiapa yang terasa  ,  tapi saya rasa belajar di situ memang best   =)   banyak jugak input yang saya dapat...


Sebenarnya, tadi ramai juga senior yang datang , best  sangat sebab lama x jumpa kawan2...cikgu2...
dan saya dan sahabat saya , Iman   datang melatih debaters ...  cikgu debate pun ade sekali   < Encik Anuar Sidek > ... jumpa junior2 yang sedang prepare untuk pertandingan debate...(GOOD LUCK GUYS...)


Sempat juga saya melawat asrama , lain dah rupanya , terasa rindu pula dengan suasana yang pernah saya rasai sewaktu berada di situ . Datang melawat dorm tercinta , sempat bertemu junior2 yang serumah dengan saya , tatkala melangkah masuk ke dorm itu , teringat suasana bersama sahabat2  walaupun baru 2 bulan x bertemu...rindunya... T_T

Ketika melatih pasukan debat bahasa inggeris di PERKISAS, teringat pula sewaktu latihan debat bersama pasukan debat tahun lepas , 4 nama yang x mungkin akan saya lupa yang berjuang bersama membawa arena perdebatan debat bahasa inggeris bersama . Kenangan yang x mudah untuk saya lupakan kerana di situlah tapak yang membuat saya membaiki diri dan belajar sebanyak mungkin ilmu dan mengambil kira pengetahuan am yang amat penting ketika perdebatan dijalankan. Walaupun baru 2 tahun mempelajari ilmu perdebatan , berkat tunjuk ajar guru2 debat , rakan2 sepasukan , sahabat2 yang sentiasa menyokong , saya cuba untuk memperbaiki setiap kelemahan dan kekurangan diri. Saya sedar bahasa inggeris adalah bahasa yang penting untuk dikuasai dan dalam era globalisasi ini saya mengerti jurang persaingan amatlah tinggi.Saya amat menghargai kritikan dan sokongan sahabat yang menegur dan membantu diri ini untuk memperbaiki mutu bahasa inggeris saya. 

Segala memori yang pernah saya lalui ketika zaman persekolahan amatlah bermakna. Di situlah perkembangan dan kematangan minda bertunas , dengan rakan2 yang semakin bertambah dan akan sentiasa bertambah.

Akhir kalam , terima kasih atas segalanya kepada sesiapa yang sentiasa menyokong dan sudi menjadi kawan saya.Saya amat menghargainya.Semoga ALLAH membalas kebaikan kalian semua.

dari saya,
aja aja hwaiting

No comments:

Post a Comment