Showing posts with label asasi law UiTM. Show all posts
Showing posts with label asasi law UiTM. Show all posts

Tuesday, November 1, 2016

A new journey





All praised to HIM

Greetings everyone
1st November 2016

I learnt a lot along the time that I left this blog
I drafted few entries but left unsaid :P
Sorry, I don't write well much eceh

25th October 2016
This is a story about my convocation
I am all happy that I finally graduated
I am so damn happy that I don't realize that I made it
I am so so so happy that Allah still give me a chance to feel this
Thanks to all warm wishes and dua'
Thank you for those who came
Thank you for my family who waited for long for the ceremony
I cried when "UITM DI HATIKU" song played
been wanting to feel the feeling of having convocation
when I am in, IDK what to feel

Years of journey
Many friends come and go
A lot of memories created along the way

Then
I lead the story to my journey with working environment
I never thought to have a chance to get the opportunity
Being able to work with an 'old' company
and in a position that I never thought that I will even sit
I know , I have to do well to show my appreciation

Now
I am pacing and learning
Sometimes I am thinking if I choose the right path to go
Sometime ; I know , I have to pace on

The least that I can offer is to always do my best.

We have a lot to do; for our country and nation.
Be a graduate who can contribute something
for everything

I pray the best for everyone
I pray the best for me too
God is there for us
HE is always there

May God bless!

Thank you Allah
for everything!!!






Wednesday, May 14, 2014

Welcome to university life .... le juniors [ especially those who get UiTM :) ]


Hello hai.
its me Syaf :)

so untuk entry ni 
ditulis khas untuk 96 - liners.
congratulations. be it korang dapat kat mana pun
semua sama. dan itu adalah yang terbaik untuk anda semua.
embrace it ! you will do well ! 
I believe in all of you , so ... do believe in yourself okay?

to those yg baru baca my blog.thanks.
so akak akan cerita sikit my flow of studies.
tak gempak sangat pun , tapi akak harap ia membantu.

( this entry will be in mix languages , sorry , i will try to make it as leisure as I can )

dalam kata yang mudah.
akak pelajar asasi undang-undang dan skrg dalam tahun kedua ijazah
Pentadbiran Korporat 
both foundation and degree are with UiTM.
Jadi akak hanya boleh detailkan untuk pelajar uitm sahaja
yg selebihnya , i will try to help with all I might.

asasi akak buat dalam setahun
( batch akak adalah batch pertama yg asasi dibuat dalam masa setahun )
dan ijazah akak : 3 tahun
( I have another year to finish my degree , iA :) 

jadi akak skop kan entry ini kepada level adik2 sekalian
asasi dan diploma.
( tp akak boleh khusus utk asasi je , sorry , utk diploma , try to look at other site too ^^ )

setiap semester ada 5-6 bulan. dan biasanya kita akan ada break sebulan 
atau sebulan lebih untuk ke semester seterusnya.
( * rujuk pada kalander akademik setiap semester okay? )
biasanya kalander akademik utk pelajar asasi dan ijazah adalah lain

link utk STUDENT PORTAL

dan akak dah carikan siap2 korang punya academic calander
( kalau nak cari ... UITM STUDENT PORTAL > CALANDER > ACADEMIC CALANDER )

okay
if perasan , dekat surat tawaran korang ada no matiks kan?
okay , sila hafal no tu , no tu adalah no yang melambangkan diri korang
( my matrics no starts with 2012****** )
haa , korang punya start dgn 2014 la kan? 

basically , student portal kita boleh di akses
dengan lebih detail apabila korang log in dgn no matrik korang
kalau korang buka link yg akak bagi kat atas
dia ada bg direction utk log in kan?
okay , if awal2 ni , baru first time nak masuk
korang punya password is your IC number.
cuba try log in , akak tak sure korang punya data dah ada atau belum
but if you manage to log in , nanti tukar la password siap ^^
next time nak log in tu pakai password baru je :)


the rest , boleh explore sendiri
banyak dik kalau nak cerita semua
akak boleh tolong sikit2 je , haha

okay , so apa yg penting buat masa skrg?
ada certain yg tnya kat akak siap2 , apa yg diorang tak tau


1) MDS 

MDS stands for Minggu Destini Siswa.
kalau waktu sekolah dulu , dia sama macam minggu orientasi
ada certain yg takut sbb bosan ke apa.
akak rasa MDS ni penting sbb masa ni la korang nak tau
most things pasal UiTM
 seminggu je , tak lama.
akak enjoy MDS akak dulu , so I hope , all of you will feel the same.
mmg penat sikit la , tapi korang pun dah lama cuti kan?
haha , take this oppurtunity well okay? ^^

2) IMPORTANT THINGS 

1) Please print surat tawaran tu bnyk sikit.
awal2 ni mmg nak pakai , utk office simpan , pemohonan apa2 ke , anything la
better prepare awal. doc lain pun , mana yg rasa penting tu , buat la at least 2 salinan. 

2 ) asasi ada bagi tawaran kewangan kan? isi tu awal2 , 
make sure tak ada yg tercicir , follow requirement dia , please siapkan ni sebelum
korang masuk semester. bantuan kewangan ni diberi sekali dalam satu semester.
dia bukan bagi bulan2 eh, kira nanti , pandai2 la korang urus duit masing2 

3) buat akaun BANK ISLAM . okay , ni penting sbb UiTM mmg pakai Bank Islam.
wajib buat akaun bank ni. semua urusan berkaitan dgn bank ini sahaja.
siapa yg belum buka akaun , please buat skrg. jangan buat last minit.
mmg penuh la nanti sebab semua nak bayar yuran time tu jugak. so nanti lambat.

4) gambar passport . rasanya , dalam requirement mmg dah suruh buat. buat la bnyk sikit.
sng nanti.

5) tolong semak semua link yg ada dari surat permohonan. so far yg akak ingat , mmg 
permohonan kewangan , all important docs , mmg dah di attach dalam surat tawaran.
please jgn malas nak buat awal2 , at least kalau tak faham boleh tnya senior , or orang atas :)


3) OTHER THINGS

Ni untuk soalan selainnya.

1) ada yang tnya nak kena bawa laptop ke tak. akak dulu sbb dari selangor dan asasi di kuantan. jadi akak bawa awal2. tapi akak tak sarankan bawa awal2 sbb masa MDS nanti
jarang ada kat bilik. and bahaya tinggalkan dalam bilik. awal2 semester pun tak pakai sangat. if korang nak bawa nanti pun boleh. lagi selamat bawa bila dah habis MDS la. itu cadangan akak la , sbb risau sbnrnya nak tinggal laptop kat bilik masa MDS kan? :)
 

2) akak cohort asasi zaman 2011 punya. so mungkin certain things ada yg berubah.
if ada dan tak sama , akak minta maaf bnyk.
 

3) waktu balik . ada yang tnya ni. ehm . mcm mn nak cakap eh? 
universiti ni. awak belajar sendiri. nak balik bila , nak keluar bila , semua sendiri.
tak de dah kad keluar asrama ke apa dik. pandai awak la jaga diri. tapi masih tertakluk pada undang2 asrama ( kalau korang duduk kolej la ) . thats why , akak nak ingatkan.
jaga diri elok2. jangan terlalu ghairah nak explore semua in rush. and awak belajar ke mana , enjoy ke mana. you guys dah besar , can take care of yourself well right? ^^
 

4) akak ada tulis post berkaitan asasi law dalam blog akak. cari je label 
Asasi Law Uitm dan label UiTM. Hope that helps ^^
 

5) buat decision utk masuk universiti sbb pilihan sendiri. akak tak galakkan awak ikut
apa yg kawan buat. setiap orang minat berbeza , dan awak sahaja yg tahu apa minat awak.
this is not a school anymore , you have to decide on your own. yes , mmg best bila ada kawan sekolah sekali , but sampai bila nak berkepit right? you have your own pace to go , if minat sama , lain cerita . so akak harap , you guys can make the best decision. pray hard , buat istikharah and do well with what you decided ^^ 


MY ADVISES !

1) akak tau , ada certain yg segan nak masuk uni sebab rasa
budak sbp ke budak mrsm ke lagi bagus. satu benda akak nak cakap. ya , mmg ada beza sedikit sebab didikan di sekolah berlainan ada beza caranya. tapi , apabila awak dah masuk universiti , semua jadi sama level balik. nam saying? :P
awak nak capai apa2 , semua kena usaha sendiri. akak dah nampak macam orang , 
ada yg excel waktu sekolah , tapi dkt universiti main2 , tak score jugak kan?
maknanya , usaha tu yg bezakan awak dgn orang lain. jangan down awal2. akak tau korang mesti boleh buat punya :)

2) selalu fikir positif ! 
ni penting , sbb awak skg dah tak ada kawan2 sekolah yg satu geng dgn awak nak main sama2 ke apa. THIS IS UNIVERSITY. awak kena fikir , semua decisions skrg ada kat tangan awak. main2 , scholarship kena tarik , and go anywhere ( cth ) ... or excel.
tak salah berkawan , pandai2 la bawa diri. 

3 ) please please please , belajar utk hargai orang di sekeliling. 
jujur kata , waktu belajar adalah waktu yg paling seronok. awak semua dah meningkat dewasa. mungkin ada certain , dah habis ijazah , terus kerja. 
maksudnya , waktu nak belajar semua benda dgn kawan2 , 
ada waktu ni la. appreciate orang lain juga. buat assigment betul2. jangan nak dapat markah free sahaja. nanti awak gain nothing. cth , awak excel sbb assignment orang buat , at the end , awak dapat apa? nothing right? belajar la sama2 , study sama2 , excel sama2 ^^

4) akak sarankan , at least , set a goal korang nak capai apa.
DO WHAT YOU LIKE , LOVE WHAT YOU DO. tapi dalam masa yg sama , ada plan dgn
hidup , apa yg korang nak capai. baru perjalanan tu bermakna :3

5) well , i cant say much about relationship etc , sbb akak pun tak fikir sgt.
if you guys ada...pandai2 la manage everything :)

6) if you are a kpoper , spazzing2 jugak , belajar jangan lupa okay? ^^
( okay , this is a bit special , since i am a kpoper too :P )



idk if i help much
akak boleh kongsi apa yg boleh dikongsi.
if terkurang atau terlebih dari yang sepatutnya
harap maaf.

bnyk sangat sesi dalam entry ni.
sesi motivasi , sesi membebel semua ada.
apa yang baik , please take it.
apa yg buruk , sila jauhkan.

untuk adik2 sekalian. 
belajar elok2. akak doakan yang terbaik untuk anda semua.
tak susah pun tulis benda ni , tpi harap korang appreciate this.

akak harap korang jadi orang berguna untuk agama , bangsa dan negara.
ingat , tak mudah nak dapat peluang belajar. ramai lagi yg masih
berlumba-lumba nak dapat tempat belajar. gunakan peluang ini sebaiknya.

please , believe in yourself. gunakan peluang ini untuk belajar, belajar dan belajar.
banyak lagi yang kita kurang sbnrnya. harap2 , kita boleh kongsi ilmu dgn orang lain juga
dan menjadi satu amalan baik utk diri kita dan yg lain.

thats all

anything , do buzz me
inshaa Allah , i will try to reply back ^^

sincerely , Syaf ^^











Saturday, July 20, 2013

apa yang anda perlu tahu tentang subjek semester 1 - UiTM AM225 BCA ( simple descriptions )

salam kesemuanya
hari ni tetiba rajin pulak nak update pasal subjek
mana tahu mungkin ada yang nak tahu kan
junior2 ke , sape2 ke
kalau ada la -_-

ok basically semester 1 ada 7 subjek termasuk kokurikulum
dan semua ini wajib di ambil
maksudnya tak ada elektif apa semua lah
ada 18 jam kredit
yang dalam braket sebelah nama subjek tu jam kredit utk subjek tu

ADS410 - introduction to public sector quality management (3)
subjek ni subjek core fakulti
subjek ini mostly pasal quality management
theory dan apa yang management patut ada
how to have a good management macam tu la
subjek ni senang nak score kalau korang rajin membaca
yes - wajib RAJIN MEMBACA

CTU551 - tamadun islam dan asia tenggara (2)
biasanya orang panggil subjek ni TITAS
basically mostly university ada subjek ni
kira kalau pakai notes dari uni lain pun kira xde hal lah
tapi better kau pakai buku yang lecturer uitm sendiri tulis :)
and subjek ni belajar pasal asia tenggara
macam mana Islam tersebar
kalau kat sekolah , subjek ni macam subjek sejarah
tapi aku suka subjek ni sebab dia lebih meluas lah konteksnya

MAT112 - business mathematics (3)
bila masuk university
mathematics dia nak tak nak mesti akan ada jugak aplikasi matematik moden dan matematik tambahan
tapi xla susah pun
subjek ni lebih mendalam berbanding add math dan math moden la
kira korang akan belajar all calculation regarding to business
seriously subjek ni best 
dengan syarat kau selalu buat latihan

CSC413 - introduction to interactive multimedia (3)
kalau yang dari asasi , mesti pernah belajar CSC kan?
CSC ni belajar pasal computer
and those things regarding to multimedia
subjek ni terbalik sikit cara kira carry mark dia
40% final 60% carry mark
so korang kena betul2 score kerja lab dan tests

LAW245 - malaysian legal system (3)
for those yg dari asasi law
MLS ni macam kau gabung law2 and law3 sekali
tapi lebih senang dan lebih deeper
lebih senang sebab ada contract dan tort sahaja
lebih deeper sebab ada tambahan macam land law dan tambahan lain
tapi jangan risau sebab subjek law kita x sedalam those yg belajar law
so subjek ni inshaa Allah boleh jer korang bawa
and those yg bukan dari asasi
korang pun boleh je score subjek ni
ramai je budak batch aku score even diorg bukan dari asasi law
some even do it better dari budak foundation law kot :D

ACC114 - accounting I (3)
subjek ni bonus utk those yg ada basic accounting
tapi yang xde basic macam aku ni pun boleh score 
( bunyi macam riak gile -_- )
kiranya aku nak ckp yang semua orang boleh score la
hee
subjek accounting ni
paling penting sekali - kau habiskan buat PAST YEAR QUESTIONS !!!
kau buatlah latihan sampai lunyai kertas past year kau
haha
aku mungkin tak sampai tahap lunyai so mampu dapat A- je
alhamdulillah
tapi korg mesti boleh buat lagi better kan? :)

Co- Curriculum (1)
ok utk pelajar semester 1
xde pilihan tapi wajib utk join kesatria
kestaria ni wajib utk those yg xpernah ada koko before
kalau those yg dari diploma dan pernah ambil koko
korang boleh buat pengecualian kredit
same goes to those yg pernah masuk PLKN
tapi aku xsure mcm mana nak ambil pengecualian kredit 
sebab aku dari asasi yang jelas nyata xde koko dan x masuk PLKN 
so memang kena ambil lah kan , haha
kesatria ni bagus jugak sebenarnya
dia ajar kita jadi berdisiplin
basically dia ajar theory pasal kawad kaki dan yang berkaitan dengannya :)
even so , subjek ni still ada exam
so masa komander ajar , korang kena tumpukan perhatian
alhamdulillah utk subjek ni aku dapat A :)
kiranya boleh lah nak score subjek ni

Friday, July 19, 2013

tahniah junior asasi UiTM

Hari ini aku dengar result penerapan di umumkan
tahniah kepada mereka yang dapat menyambung ijazah lanjutan dari asasi
mesti best kan
contohnya dari asasi undang-undang 
lepas tu diterima masuk ke ijazah sarjana muda undang-undang?

tapi aku tahu 
ada juga segelintir yang ke arah lain
maksud aku ke ijazah yang berlainan dari asasi
still tahniah juga

aku juga tergolong dalam golongan kedua
haha
dari asasi undang-undang ke ijazah yang berlainan
tapi alhamdulillah masih meneruskan perjuangan di sini
baru habis semester kedua

anyway nak kata aku senior yang baik tak juga
sekadar nak bagi nasihat la kepada yang bakal menjejakkan kaki ke alam ijazah
walaupun aku baru setahun jagung di peringkat itu

paling penting la
asasi dan ijazah sangat berbeza
seriously ... you can't expect things to go well if you don't strive for your place
ayat mudah... jangan ambil mudah akan subjek di peringkat degree
kan dah diberitahu awal2
asasi hanya persediaan ke ijazah
makanya...dah nama pun persediaan
tough sikit la jalannya
tapi kalau usaha inshaa Allah boleh je

next , semua sama sahaja macam di asasi
kerja kursus , presentations etc
semua kena buat lah
tu aku rasa tak payah nak terangkan kot
because aku rasa mostly budak asasi dah tahu 
sebab memang asasi pun di university kan

anyhow
aku harap korang dapat letakkan azam yg lebih tinggi
utk mencapai kecermelangan di tahap tertinggi
prove that you can do better than foundation
challenge yourselves to be better
dok compare dengan orang tak bagus jugak

and lagi satu
jangan nak sombong sangat dengan senior
haha
hang tak suka depa pun
depa dah lalui zaman semester di ijazah
tips diorang berguna utk hampa semua
so pandai2 lah bawa diri ya :)

and to those yang akan masuk ke fakulti FSPPP
Selamat datang insan kecil ini ucapkan
teruskan langkah untuk menggapai kejayaan
sebagai graduan terulung BCA dan BAS
BCA - bachelor of corporate administration
BAS - bachelor of science administration

ganbatte kudasai !!!

take care 
^_^


fyi , ini adalah nama twitter kelab those yang ambil BCA
so if junior yang dapat BCA dan nak follow
this picture could be a guidance :)



Monday, June 24, 2013

final exam semester 2 and an angel to be missed

it has been a long time
in japanese language we call it as - hisashiburi 
correct me if I am wrong
yoroshiku onegai itashimasu

recently a lot of things happened to me

got a shock news that a good friend of mine during foundation passed away
I was so shocked like really
I stayed in silence the whole day
she was really a good friend
an angel I could say 
coz she never did bad things to others
thats how she always act 
and thats what makes us 
 all her friends 
going to miss her even more
I hope and prayed that Allah will always bless you

ehm I guess I could proceed to the next topic 
if we count on the days
I only have few days left for the first final paper
seriously we dont even have a study week like what we had previous semester
so here's the schedule

26/6 - economy
1/7 - business law
4/7 - industrial relations
7/7 - statistic
11/7 - account II
14/7 - management

few days left
and we just finish the last class last week
last week was hectic

monday - test law
tuesday - test account
thursday - test economy
friday - test statistic

my myself not sure how many hours we got to sleep
well thats really just a stupid reason to be said
screwed me for not preparing earlier
ahh

I really feel that it is not proper to complaint much
If I do , I might do it in another entry 
perhaps ( =_= )
bad idea it was
I know

anyway
dear self
stay focus
please
(T_T)


Saturday, April 27, 2013

berlari menuju pelangi

sehari dua ni
aku rasa ada sesuatu yang ketuk hati ni
nak jadi lebih rajin
lewls

jujur aku kata
semester 2 ini banyak mengundang keserabutan di kepala
salahnya mungkin ada di benak sendiri
maka aku berdiam diri sahaja

beberapa hari lepas 
aku ada berbicara dengan seorang sahabat
( terima kasih pada dia utk nasihat ini )

dia kata hendak berjaya ni
mungkin akan mengambil masa yang lama
tapi jangan rasa apa yang kita dah lalui itu
sebagai sesuatu yang membuang masa

contohlaa

dahulu aku belajar asasi undang - undang
sekarang aku sambung ijazah sarjana muda pentadbiran korporat
kan lain bidang tuh
walaupun asasi mengambil masa setahun
ia tetap megambil setahun usia aku

tak kan aku nak kata 
aku dah buang masa satu tahun belajar bukan?

aku fikir laa
macam kawan aku cakap
aku belajar bnyk benda waktu asasi dahulu
i gained a lot
and which makes me a lot more better
dari diri sendiri masa di sekolah dahulu
ehem

betul jugak
sekurang-kurangnya
aku ada asas undang-undang
bila kau belajar undang-undang
skill putar belit ayat tu kau memang akan ada 
* ok , ini menyimpang ... haha

and aku kenal ramai orang
aku belajar hidup jauh dari negeri sendiri
( sebab asasi kat kuantan )
belajar naik bas 
( sebab dulu sekolah dekat , parents hantar je )
banyaklaa
dan hidup kat sana memang best
jujur kata memang best
dan aku juga belajar utk lebih berdikari

bila masuk degree
aku belajar pasal management pulak
belajar macam mana nak deal dengan orang and etc
walaupun aku sedar aku passive sikit degree ni
( aku pun tak tahu kenapa )
tapi aku belajar bidang lain
yang menambahkan pengetahuan kat kepala dan diri ni

alhamdulillah
Allah bagi peluang untuk terus belajar

back to topic kat atas
aku rasa aku bit lost sikit semester ni
mungkin aku high hope
aku pun tak pasti

tapi aku rasa
aku perlu lebih rajin lagi
sebab kalau aku nak gained sth
( sth tu singkatan utk something - bagi those yg mungkin tak tahu laa )
aku yang perlu usaha

and yes
aku perlu sokongan

aku dah terlalu muak 
ditinggalkan di belakang
atau tidak dipedulikan oleh orang2 yang berkepentingan
dan aku pulak memang suka buat perangai tak ambil kisah
tapi aku tahu masih ramai yang menyokong di belakang
dan aku tahu Allah sentiasa di sisi

makanya aku harap
aku terus ada kekuatan utk menjadi lebih baik
dan berlari menuju pelangi yang indah

mungkin aku akan terleka
kerana manusia sifatnya mudah lupa

tapi aku berharap
aku ada doa kalian
dan aku juga kita semua berjaya bersama-sama

Ya Allah
permudahkan lah urusan kami semua
amin


semoga kita semua sentiasa berada di bawah lembayung rahmatNYA

jaga diri

^_^

Monday, December 31, 2012

RECAP 2012


salam kesemuanya
berpaksikan tarikh 31 Disember 2012
makanya
aku akan semakin berganjak ke dunia puluhan
dari zaman belasan
gitew :P

dalam tahun 2012
bnyk yg aku dah lalui
terlalu bnyk kalau nak di senaraikan
tapi apa pun
aku bersyukur kerana
semakin lama
semakin ramai kenalan yang aku kenal

1 - aku menghabiskan zaman asasi Undang Undang di UiTM Kuantan pada penghujung bulan 3

lawdeD
( classmate semester 1 asasi )

debat & debate uitm kuantan
masa nie , one of the team won the 1st place for east coast debating championship :)

law2D
( kelas masa semester 2 asasi )

JPK UiTM Kuantan

2 - mula mengenali erti mancari duit sendiri ( berkerja lah senang cerita )
aku kerja di MPH 
di situ aku kenal Kak Mona , Kak Liza , Abe , Kak Rufa , 
Kak Mira , Kak Fathin , Kak Nadia , Nabeel , Fahmi , Nazirul , etc
love them so much



*sekarang semua ( yg di dalam gambar) dah xkerja kat situ dah ,
 tinggal kak liza dgn abe jer meneruskan legasi :)

3 - mula menginjakkan kaki ke alam Ijazah
dalam jurusan Pentadbiran Korporat di UiTM Shah Alam
sehingga kini , aku baru berada di semester 1:)

4 - buat reunion dekat Kuantan masa bulan 7 dgn ex JPK


ok gambar nie sedikit hyper , haha
credit to : fiqree syamim for uploading :3

5 - celebrate my birthday, 
with my friend
paling awkward adalah sebab dia bawak adik dia 
yg sebaya ngan aku sekali
dah laa adik dia tuh lelaki 
LOL

hadiah yang dia bagi
malangnya aku terhilangkan masa kat kuantan :(
sedih weyh , cari balik pun x jumpa
but , thanks for this present :)

6 - belajar naik KTM 
( ok , cam loser kat situ ) haha 

7 - Stay rumah kak rufa ( best experience )
sebab aku x pernah tido rumah kawan lagi 
ehm *angkat kening :P

8 - Phone aku hilang masa asasi dulu , 
dah laa abang aku yg bagi 
sedih kot

9 - pusing2 satu kuantan ( walaupun x keseluruhan ) dengan berjalan kaki
best sebab jalan ramai2
kau xkan dapat pengalaman nie kat mana2 :3

10 - pergi konvokesyen kak rufa & kak mira 
( sbnrnya aku xpernah pergi tgk orang amik konvo , so macam excited terlebih :P )



11-  tolong kak rufa dengan business dia :)

ok nak promote sikit , hehe
for those yg interested dengan clothing , or anything posted ( especially girls )
you can have a look at this page on 



semua cara nak bayar apa semua ada kat situ 
try to have a look 
I appreciate it :)

 ***
12 - this point is a credit to my best friend ( Haziq Aiman )
I would say that there's a lot that we have gone through along the year 
thanks for always supporting me :)

***

ok
aku xtau nak fikir apa lagi
sebab bagi aku mostly best
kenangan tu susah nak di gambarkan dengan kata2
tapi aku happy dapat kenal each of person yg datang dalam hidup aku

May Allah bless us always :)

ehm
tahun depan - 2013
aku dah 20 tahun
kau tahu?
kerisauan tetap akan ada sampai ( aku xtau bila )
tentang erti tanggungjawab dan masa hadapan
menilai masa hadapan merupakan satu perhitungan yg berat
jadi , memang kena selalu bersedia
pengalaman mematangkan manusia
dan aku harap moga mental dan fizikal aku lebih bersedia 
dari masa ke semasa

semoga hari kita akan lebih bahagia 
di bawah rahmatNya

happy new year all
love you
xoxo

wassalam :D

p/s : peristiwa tu x ikut urutan , so , yeah :P

Friday, July 13, 2012

UPU result ...

hari nie 13th Julai 2012
bersamaan hari Jumaat
alhamdulillah masih hidup di muka bumi Allah yang indah ini


ok hari nie result UPU dikeluarkan
aku saje nak bajet post
permohonan aku ke degree x melalui UPU pon
tetapi penerapan UiTM

so kenapa aku post?

because most of my friends 
yg mohon degree via UPU dapat result
so aku pon happy laa
they got the course that they want
thus am happy
as simple as that
haha

CONGRATULATIONS to all
kepada yang dapat course yang korang nak 
am sure you must be so happy with it
kepada yang dapat selainnya
am sure perhaps ada pilihan lain
or u stick with it and prove you can make it :)

ok for penerapan uitm
banyak rumors bila result nak keluar
ada yang kata esok
or mungkin di drag tarikh ke hari isnin

so apa2 pon 
please doakan yang terbaik utk semua
moga kita dapat yang terbaik dariNYA

insha Allah

till next entry
^____6

Wednesday, July 11, 2012

pictures that i cant describe ... it was beautiful

assalamualaikum w.b.t

bermula kisah ceritera aku ke tempat belajarku semula
aku x tahu sama ada nak kisah perihal yang sedih atau gembira
segalanya bercampur baur
secara jujurnya
walau aku telah berganjak pulang ke tanah asalku
perit masih bersisa
dan aku tahu ia tidak akan hilang

ok abaikan part itu sebentar

lets talk about the chronology first 

b4 that 
aku ke kuantan atas urusan JPK
handling the election for the juniors


ok , back to the stories

1 july 2012
aku mula bergerak ke kuantan
bergerak dengan perjalanan yg mengambil masa selama 5 jam
ok nie first time aku naik utama express
and , jujur aku x suka bas dia
haha
ok , aku sampai kuantan dalam pukul 3 camtu laa
aku call Wan Zul and dia ckp semua ada kat ECM
so aku pon gerak laa dengan berjalan kaki dari terminal ke ECM
x jauh pon , dekat jer
cuma , aku bawa beg yg kapasitinya utk satu minggu
so ... yeah :P
kat ECM
kat situlaa aku jumpa those jpk yg dah sampai a day earlier
naim , wan zul , alimi , ain karina , alif and hana 
so after jumpa tu kitorang pergi gerak makan
lapar woo
and then kitorg memulakan pengembaraan ke destinasi seterusnya
btw , nurul sampai pada waktu malam :)



2 july , 3 july , 4 july
interview di jalankan for juniors
what's inside?
its confidential
so itu jer laa yg aku boleh ckp
hee
btw , fiqree sampai masa 3 hb ( kalau x salah ) :)





5 july
kempen bermula for those yg shorlisted
something happen actually apabila ada pihak yg tidak membenarkan gerak kerja diteruskan
jujur aku sangat sedih
hal itu diberhentikan tanpa ada alasan yang kukuh
terasa macam usaha itu macam
baru nak bercambah , pokok baru nak bertunas
tetiba kena cantas
kau boleh bayangkan x?
dicantas oleh siapa ?
hmm

pelajar yg hadir ke taklimat
6 july
Gyea sampai pada jam 5.30 pagi laa , lebih kurang
dia sampai ke kampus
so nurul laa yang jemput dia kat bawah
intan pon sampai hari nie
cuma masa malam laa
so lepas hang out sume
kitorg jemput dia kat terminal
bila dah sampai kitorg berjalan kaki pulang ke padang lalang
jauh x?
boleh laa :P

7 july
hari nie hang out lagi
pengangkutan? jalan kaki jer laa yg mampu
haha
hari nie aku , ain and intan tgk wayang
cerita BRAVE


it was fun
makan sama2 .... jalan sama2
sume sama2 laa
haha
ECM dan MEGA tu kitorg terjah laa
ouh .... Farizul pun datang hari nie
cuma dia lepak ngan wan zul dan alimi laa
( haih , x sempat nak lepak ngan kau en dato :P )


ok kronologi lepas nie agak berterabur sikit
cuma in general
start dari hari nie ramai yg dah mula balik
pres , then ...
alif ...
gyea and ain ...
pastu wanzul dan alimi ...
aku ...
nurul and fiqree ...

but then
the journey was fun
indeed 
even apa yg sepatutnya dilangsaikan terhenti di tengah jalan
tetapi perjuangan itu aku tahu tidak akan terhenti di situ
oleh kerana langkah ini aku rasakan benar
aku tidak pernah rasa ia sia2
aku mengharapkan agar ia membawa pulangan yg baik kepada setiap insan di sini
perjalanan ini banyak membuatkan aku untuk menjadi lebih matang
ia tidak mudah
tetapi aku tidak berdiri seorang
semoga Allah memberkati kita semua ...


dan buat yang mungkin akan terasa dengan kenyataan ini
aku hanya mampu berdoa agar kau x berdiri atas nafsu ketamakan sendiri
kau berdiri utk bangsamu
tetapi menggunakan pangkat utk menikam dari jauh
ia tidak akan membawa sesuatu yg manis andai kau lakukan begitu
aku rasa kau dah cukup matang utk berfikir
lebih dari insan yg baru hendak bertatih ini
jujur aku kecewa
tetapi
terima kasih kerana membuatkan hati ini lebih kental utk terus melangkah
May Allah bless you ...


dan buat semua sahabat seperjuangan
aku sangat merindui kalian semua
semoga kita lebih matang melangkah
meneruskan kebenaran 
:D


jujur ada banyak lagi gambar yang tersimpan
tetapi biar ia menjadi kenangan sendiri sahaja
haha

till next entry :)

dari
insan yang semakin liar melangkah ke dunia realiti