Friday, May 31, 2013

get little things with your time

I've finished reading a book
written by Mitch Albom
titled " THE TIME KEEPER "
It was awesome I'm gonna say

the layout of the story was based on three main character
named Dor , Victor and Sarah
you can simply follow the story even if 
it was based on three different characters

however
this book mainly talk on how we should appreciate our time
because in this book
it talked on how Sarah who asked for lesser time that she had in life
different with Victor who asked for more time in his life

Dor bring up such a huge role in this story
narrated that he is the one invented how time works
but yet still looking forward what he's looking for in his life

I would recommend this book for you to read

alright
see ya



Tuesday, May 28, 2013

tenggelam timbul

aku duduk
aku dengar
aku lihat

makin aku paksa diri untuk percaya
makin aku tenggalam dalam emosi
makin aku menidakkan dusta
makin ia muncul berdiri sendiri

aku tidak mengerti
diri ini layangnya ke mana
angin yg bertiup tidak kencang
tapi aku tetap rebah di balik bayangan kelam

andai kata aku bersuara
mungkin ia tidak akan berubah sama sekali
atau mungkin jika keajaiban ada
perubahan berlaku
tetapi impaknya mungkin tak akan menjadi sebesar yg di sangka

kenapa?

sebab aku tahu
aku kenal
aku hormat
bayangan itu

menahan diri untuk berteriak
membuatkan aku menangis di dalam
ingin aku bercerita
aku rasa tidak adil bagi mereka mendengarnya


fokus aku mula luntur
hati aku makin luluh
kerana bayangan yang aku kenal
makin pudar di mata hati

jujur
terkadang aku hilang pertimbangan diri

aku ingin membentak untuk tidak mempeduli
andai aku bercerita
ada yang akan tinggalkan aku keseorangan diri
pernah ia terjadi

dan kerana itu juga lah
manusia yang aku percayai
hanyalah ibuku

andai dia tiada
gelaplah dunia di sisi

aku mahu mencari teman abadi
mungkin aku mengidam terlalu tinggi
kerana kepercayaan tiada di hati
tapi aku masih menanti
sepi

aku menyayangimu bayangan indah
kerana dengan adamu
aku ada di dunia

tapi aku juga manusia
membesar dengan betah
tidak buta memandang helah
maka aku berharap kau kembali ke pangkal lumrah

dari diriku
yang berdiri kerana bayanganmu
yang hidup dalam kepetahan ibuku
yang berpijak kerana degilnya akalmu
aku tidak mengejar harta
tidak juga kupandang apa yang akan kau tinggalkan apabila kau tiada
aku berharap kau sedar
kasih sayangmu yg aku butuhkan
dari diri insan ini
yang terasa sangat hina dengan kutukanmu
di kala kejatuhanku
yang rasa bersalah
di kala kejayaan di gunakan untuk kepentinganmu
di kala getar tangan menghulur bicara
melindungi kesalahanmu
aku bisa berbicara sendiri
aku bisa mengerti
tetapi andai satu saat aku berhenti melangkah mengejarmu
salahkan dirimu
kerana aku penat melambai
di bawah bayangan sepi
yang aku nanti sekian lama
bersinar mendakapku 
dengan senyuman indah
menyambut segar perjuanganku membanggakan namamu
di mata dunia

maaf dari diri yang kerdil ini
aku mahu meluahkan hati
agar aku tidak bertindak di luar tabii

salam sayang dari diriku
wahai kesayanganku sekalian
^_^


Sunday, May 26, 2013

Majlis Anugerah Dekan / Dean of Excellence Award Ceremony FSPPP

Salam kesemuanya

15 Mei 2013
FSPPP buat majlis anugerah dekan
utk mahasiswa/i yang dapat dekan last semester
alhamdulillah
ramai juga warga FSPPP yang dapat
clap for them
congratulations :)


dan alhamdulillah
diri yang menulis ini juga ada di situ
mengambil hadiah
so yeah .... I am happy to be there :)


itulah yang aku dan yang lain dapat
that thing yang tegak berdiri tuh
yang ber kaler2 tuh kad jemputan
yang dalam sampul tu ada sijil
hee

from kelas BC2C semester ni
basically ada 
kak azie , zana , maz , hanan , fatin nuratiqah , farhana , dan aku sendiri
kami duduk semeja time kat majlis tuh

ouh tema majlis tu pastel color
so yeah
aku sendiri tak tau aku menepati tema ke tak
haha :3

kak azie , zana , maz , hanan , farhana , aku , mun

fatin dok bertugas pulak time ni

khaleeda , intan , aku

aku , fatin , hanan , maz , farhana :)

though majlis ni kejap je
tapi we were happy 
coz yeah , just happy

and we hope
next semester
lagi ramai akan ada kat situ
and my classmates this semester semua ada kat situ
amin

lagi naik semester lagi tougher
but hope we all can nail with it
inshaa Allah

May Allah ease our journey :)








berhabuk sudah ini blog


* tiup habuk keluar dari laptop *

ok bye -_-

hello peeps
aku rasa dah lama sgt tak menulis kat sini
through out this month 
specifically May
jadual memang pack sungguh tak terkata

tapi alhamdulillah 
kesemua assignment dan presentation 
sudah dijalankan dan disiapkan
dengan jayanya

* me clapping for myself *

sekarang ni kitorang tengah cuti hari Gawai
seminggu cutinya
makanya
this time bnyk nak rehat je la
coz dah bertungkus lumus ( kunun ) before

tapi tapi tapi
naik cuti ni still ada few tests
and assignment akaun pun ada jugak
aku dah kira 
tapi cam tak dapat
so yeah .... tunggu dapat idea
haha

bulan Mei ni ada jugak 
satu majlis yang aku hadiri
which is so so so meaningful to me
and the rest yang datang
aku update kat entry lain lepas ni
even benda tuh dah lama dah
* busy en nak hapdate -_- *

ouh ye
hari tu dapat markah mid term jugak
some ada yang buat aku senyum ke telinga
some ada yang buat aku menangis terduduk terjatuh


makanya
aku perlu belajar lebih lagi
rajin lagi
hahahaha 
( meleleh air mata )

final aku 26 june ni dah start dah
bila naik cuti seminggu ni
kira ada 3 minggu je lagi
dah laa study week tu 4 hari jer
nama je week *_*

I hope I can make it
I hope all my friends can make it too
I hope we all got Dean List this semester
YES , THE WHOLE BATCH !!!

Ganbatte Kudasai !!!!!
( Good Luck !!!!!!!! )

^_^

Tuesday, May 7, 2013

kemuncak semester 2

salam kesemuanya

bagi sesetengah orang
dalam satu2 semester tu
paling kemuncak tu masa final exam
aku pun sama jugak laa
tak terkecuali

tapi istilah tu
aku lebih prefer nak letak istilah tu
kat tengah2 semester
atau masa tengah banyak sgt assignment dan presentation nak disiapkan
lelah nafas nak cari idea
menyiapkan mana2 yang perlu disiapkan

dan bg aku
aku rasa penat sendiri sebab 
aku rasa aku yang tak cukup nak bagi komitmen sepenuhnya
aku susah nak terangkan situasi aku
*now am scolding myself in the dark -_-

here are the things 
that I have to settle for this coming days

assignment ACCOUNT
 ( kena hantar minggu ni , baru dapat minggu lepas )

assignment IR
presentation IR
(dua2 ni come in line , 
yg mana apa yg ditulis di assignment will be presented
so , so far dah halfway siap .... due date , minggu depan )

assignment MANAGEMENT
( still dalam perbincangan kumpulan , kena hantar hujung bulan ni )

test STATISTIC
( hari Jumaat ni )

kerja ECONOMY
( basically past year la , discuss minggu ni )

even tak nampak macam banyak
*duhh -_-

aku harap dapat siapkan dengan senang

doakan aku

take care all
^_^

Thursday, May 2, 2013

hari yang panjang

kalau diikutkan hari entry ini
kiranya kisah ini berlaku semalam

memandangkan semalam hari pekerja
maka semuanya cuti
mostly
ada je yang bekerja
tapi gaji double triple laa en

maka aku decide untuk keluar
ke uia

basically aku keluar sorang2 ( serious forever alone gile :P )
dari shah alam aku keluar ke seksyen 2
ambil bas U80 ( rapid kl )
then jalan terus ke KL SENTRAL
dari situ aku ambil LRT terus ke GOMBAK
dari gombak aku ambil bas rapid yang menghala ke uia

mcm pendek perjalanan
tapi takes me for hours jugaklaa nak sampai
penat tak habis lagi masa menulis nih
haha

aku dah inform kawan aku kat sana
nama dia sakinah
plan nak ajak dia keluar laa

tapi at first sampai sana
aku jumpa haziq dulu
then baru aku keluar dengan sakinah ke klcc
heheh

it was warm and awesome laa
sebab dah lama tak jumpa sakinah

fyi
haziq and sakinah ni dua2 best friends aku
so yeah
feeling dia awesome bila jumpa
walaupun perjalanan jauh
gittew :P

and hari pun aku mcm selamba sgt
jalan sorang2
padahal tak pernah nak try jalan ke sana naik public transport 
dgn guidance sapa2 kot
memang aku nekad nak try sendiri
sebab kalau tak memang tak sampailaa jawabnya kan

maka hari ni apa yang aku dapat :

1) jumpa sakinah and haziq

2) belajar naik LRT ( sebab tak pernah naik sebelum ni -_- )

3 ) pergi suria KLCC ( last time pergi , masa kecik2 - rasanya kot )

4 ) jumpa ramai orang yang macam2 ( serious hari ni ramai sgt manusia kat sana-sini )

5 ) pengalaman ( ahaks :P )

6) beli buku novel 
( ok ni awesome sebab aku suka sgt beli buku , 
perasaan dia awesome bila kau bau dalam buku tu -
 ayat tak boleh blah :P )

aku tak tahu nak cakap macam mana
satu accomplishment bagi diri aku sendiri laa
sebab berjaya sampai juga ke sana
walaupun seorang diri
and aku happy sgt

ada peluang inshaa Allah
ke sana lagi lain kali

dan harap2 depa buat trip datang shah alam pulak
haha

take care yaww ^_^