Friday, September 28, 2012

sibuklah sangat ~

melawati hari2 di kampus
minggu ke 3 hampir habis
dan dan dan
aku baru belajar berapa chapter jer
like seriously 

kelas aku baru laa nak stable apa sume
dan subject2 yg aku kena belajar 
bolehlaa dikatakan antara
subject2 yg dah lama gi le aku x sentuh
contohnya
akaun , mathematics . . . bla bla bla

orang lain dah chapter berapa tah
nasiblah kan budak :P

kalau aku nak study sendiri pun aku xtau cam mana
business math tu aku rasa ok lagi laa
akaun tuh aku rasa . . . 
. . . aku kena ada guider

cuak lak tetiba en
apa2 pun
memang kena kejar laa benda2 alah nie
mid semester dah nak dekat
another few weeks
and all that i have to know
this is not a playground
or a court either

but one thing lah kan
its kinda great to learn about management

well see whose gonna be on top
i wish all of us pun berada di tahap yg sama juga
or lebih baik lagi

see ya
aku nak buat apa yg patut 
haha

take care yaww :D

Wednesday, September 19, 2012

short stories on first week of my degree life :D

assalam
aku baru dapat online
tu pun kejap jer 
kah kah

aku daftar pada 8 hb Sept 2012
so far sebab xde apa sangat nak buat kan
so few days pertama itu agak membosankan
haha

seperti biasa
oleh kerana aku tak de MDS
so aku terus ada taklimat fakulti
ada jer MDS tapi xlah masa mula2 masuk asasi dulu
MDS yg tu kena seminggu
yg nie kejap jer
sekadar pengenalan fakulti
all the seniors are awesome

aku ada gak pusing2 satu kampus nie
sepupu aku bawak
haha
its kinda funny sebab bila aku dah xde guidance pasal kampus
dalam kampus pun aku boleh sesat :P
pengangkutan dalam nie kebanyakannya menaiki bas lah
disebabkan aku duduk dalam
which means ada kemudahan kolej ,
so kitorg nie xley bawa kenderaan sendiri
except motor laa
so jalan2 dalam kampus nie banyak kereta or kenderaan laa
alhamdulillah 
duduk kat dalam nie rasa cam ok laa
cumanya
kau kena tahu nak bajet bnyk mana kau nak pakai duit
if x jaga
kejap jer dah habis
haha

roommate aku ada 4 orang
bilik pun ok 
cuma tandas jauh sikit
so kalau ada event pagi ke kelas pagi ke 
kena bangun awal sikit
takut penuh semua orang nak pakai lak
kah kah

nie katil aku , masa baru habis unpack barang ,
 x sempat nak kemas pun masa tuh
main snap jer picture
( ok over jer statement :P )
aku ada jgk usha2 kawasan sekitar
memang kalau xtau jalan boleh sesat
so kena bnyak tnya orang
thats how communication been highlighted
for u to convey right messages
tapi kena tnya orang yg betullah
xley laa main serbu jer kan

bila dah masuk degree
semua kena buat sendiri
xley dah nak harap orang jer kan
if kau lambat
kau lah yg tertinggal

hari tuh pergi rumah kak rufa
balik dari rumah dia aku kena balik uitm naik ktm
that was my first time having ride with that
like seriously
kinda cool man :P

ok laa
so here's the picture of my faculty


err aku rasa cam xley nak upload bnyk2 sebab line x laju laa
haha
apa2 hal
kalau aku rajin 
aku update eh

till next entry :D




Thursday, September 6, 2012

packing and waiting

buat kesekian kalinya
akhirnya pada 2 hari sebelum mendaftar
barulaa aku start packing barang
tu pun baru sikit
just clothes and few stuffs 
yg lain sambung nanti kot
haha

aku akan mendaftar hari sabtu nie
hari nie aku agak x sihat sebenarnya
telinga agak sakit for few reason i guess
and aku rasa macam nak demam
tapi aku tengah tahan 
so that aku x demam
insha Allah

aku xtau laa nak rasa apa
for 5 MONTHS aku cuti
can see the margin between that?
lama kot cuti
so sekarang kena cari balik rasa excited nak masuk belajar nie
hehe

so tinggal esok jer kat rumah
sabtu nak mendaftar dah
one thing that i need to teach my self is
dont spend too much money on things that is not needed
hehe
idk  
will try that insha Allah

btw
take care all
till next time 
insha Allah :)

Saturday, September 1, 2012

thats it . . .

"I have my own world , 
and I dont even care for things that doesnt related to me , 
I am happy that way :)"

tu apa yg aku tulis at twitter
kau tahu
aku ada satu perasaan sekarang 
yang aku makin happy dengan diri aku sekarang

feeling apa?

perasaan yang aku punyai banyak lagi pilihan 
untuk jadi happy
berbanding 
mengharapkan satu perkara yang mungkin tidak berbaloi utk di risaukan
sebab
jujur lah kan
kita boleh nak risau
tapi bila terlalu risau rasa cam bodoh pun ada
so aku rasa
bila kau ada problem ke apa
x perlu nak over over

i mean
bila kau dah temui solusi 
tapi in a good way
buat laa sesuatu yang buat kau happy

aku bukan tertakluk dengan mana mana individu
jadi aku boleh freely let my self free
and aku rasa membiarkan itu adalah perkara yang terbaik sekarang

close friend and family know who I am
How I am
and bla bla bla
aku rasa
x semua berada di situasi di mana kita tahu semua pasal someone
tapi
yang penting kita tahu diri kita siapa
dan belajar utk perbaiki kesilapan 
sebab kita xboleh nak tgk diri kita
orang keliling laa yang jadi cermin buat kita

so
aku akan respect if people do respect me
and aku minta maaf juga
sebab tatkala ini aku masih x berapa matang dalam hal2 hidup
masih belajar
andai ada sesiapa yang tidak menyukai diri ini
aku minta maaf
insha Allah aku akan terus perbaiki diri

and walaupun pun entry ni mungkin buat korang rasa cam tah pape
aku rasa aku just nak cakap
aku berharap
agar jalan aku selepas ini dipermudahkan oleh Allah
untuk terus melangkah
beitu juga dengan semua

terima kasih sangat kepada sesiapa yang senantiasa di belakang aku
menyokong aku selalu
aku gembira sangat
sebab korang hadir dalam hidup aku :D

dunia ijazah sudah hampir menjengah
jadi aku mesti persiapkan diri
diri yang makin meningkat dewasa ini
tidak pernah lari dari impian dan cita cita
dan juga tidak pernah lari dari melakukan kesalahan dan angan angan

semoga Allah memberkati kita semua :D

maaf atas segalanya
till next entry :D