Showing posts with label BC2C. Show all posts
Showing posts with label BC2C. Show all posts

Saturday, July 20, 2013

apa yang anda perlu tahu tentang subjek semester 2 - UiTM AM225 BCA ( simple descriptions )

hello peeps
okay sekarang aku akan cerita tentang subjek semester 2
sebenarnya aku pun baru je habis semester 2
so memori masih fresh lagi la ( kemain ayat :P )

here we go

sebenarnya aku pernah buat entry masa nak daftar subjek2 ni
here's the link ( click here )

tapi masa buat entry tu aku tak daftar utk kokurikulum lagi
so aku update kat sini la ea :)

ACC164 - accounting II
accounting 2 ni higher level dari accounting 1
sebabnya dia mmg bnyk pakai basic ledger dgn journal semua
tapi accounting 2 akan lebih deeper
kiranya kalau junior2 yang tgh cuti skrg , better korang buat latihan account sem 1
hehe , harap2 korang rajinlah buat kan :3
sebab accounting 2 ada belajar
control account , suspense account , incomplete records , partnership accounting , accounting for clubs and organizations 
mmg ada 5 tajuk tu je
tapi tapi tapi 
still kena rajin buat latihan
aku cakap serious , basic mmg kena kuat dik
haha sebab sem 2 ni dah higher level kan
buat income statement dgn balance sheet tu mmg wajib la kan :)

ADS460 - management principles and practices
subjek ni belajar pasal management
bezanya dgn subjek quality , subjek ni lagi deeper pasal management
kiranya , quality kan kita belajar pasal quality products and services
ada jugak pasal management tapi tak se deeper subjek ni la
subjek ni subjek core faculty
senang nak score but indeed 
you really really really need to do further researches
dan banyakkan membaca :)

ADS465 - industrial relations
awal2 aku cakap
subjek ni killer paper !!!
well , ini fakta yang dekan fakulti sendiri bentangkan masa perjumpaan bersama dekan awal sem hari tu
ouh , ini pun subjek core faculty
bila aku belajar subjek ni
seriously best sgt layout course subjek ni
tapi sama macam management
korang kena rajin baca journals , extra reading lah senang
baca text book sahaja tak cukup
lagi satu masa lecture kena focus gila2
buat past year jugak
bnykkan tnya lecturer
inshaa Allah ok je :)

ECO415 - economics
first , even if aku pernah belajar economy masa asasi
aku rasa aku yang lambat sikit nak adapt dgn subjek ni semester ni :P
anyway , come to think of it , subjek ni senang nak score
dengan syarat kau faham konsep dan theory dia
past year mmg kena buat
the rest , baca buku and dgr lecture betul2
can't say much about this subject but basically mcm tu la 

LAW299 - business law
business law ni combination semua division of contracts
kira korang akan belajar pasal hire purchase , sales of goods , etc
subjek law biasalah , kena baca
malas baca , susah nak jawab
mudah je sifir dia :P
tapi nak rajin membaca tu 
semua terletak pada usaha masing2 la kan
subject ni boleh jer score kalau rajin
yeah rajin :3

QMT412 - business statistics
subjek ni?
subjek ni pasal statistik
memang main dengan nombor sahaja
kira add math tu mmg adalah 
math mode jgn cerita
tapi ini lebih detail
even nampak senang
kalau tak buat latihan dia
boleh menangis jugak jawab paper ni
anyhow , usaha tangga kejayaan
ye tak? :D

co curiculum ( 1 jam kredit )
nasib baik teringat nak tulis pasal ni
okay , starting semester 2
korang dah boleh pilih nak ambil koko bawah apa
maaf sgt sebab aku x ingat sgt pilihan dia
later dalam pilihan masa nak daftar course nanti mmg akan ada
tapi aku mungkin boleh cerita sikit pasal apa yang aku pilih
aku pilih utk ambil HPD114 ENGLISH DEBATING I
mula2 nak ambil lain
tapi bila aku lambat sgt pilih
mmg tinggal yang macam ni lah kan :P
tapi alhamdulillah aku mmg ada basic debating
so giving speech tu mmg kira ok la
tapi satu nasihat aku
korang kena pilih betul2 sebab apa yg korang pilih semester 2
semester 3 nanti pun akan follow benda yang sama
kiranya semester 3 nanti aku akan ambil ENGLISH DEBATING II
got me?
not sure boleh tukar ke tak 
sebab aku pun xde bukti kesasihannya
tapi kalau tgk course lists mmg dia lay out
mcm yg aku ambil tu la
ada 1 and 2
choose wisely :)

sebenarnya aku nak cakap senang ke tak subjek2 ni pun aku tak berani
aku hanya boleh bagi descriptions based on apa yg aku belajar so far
sebab result tak keluar lagi kan
anyway doakan eh :)
hope I can the best result
same to the rest
cuak tu mmg dah ada dari habis exam lagi
May Allah ease everything :)

take care all
^_^

- syaf -



Wednesday, July 17, 2013

graduated - first year degree

hey , hello , hi
sedar tak sedar 
masa cepat meninggalkan kita
dan aku juga tak sedar yang aku baru sahaja habis tahun pertama ijazah
bunyi macam nak berlagak ke apa kan
tapi bagi aku
itu adalah satu pancapaian
haha

jujur kata
aku bnyk stood up sendiri masa degree ni
dan dalam masa yang sama aku fikir
bnyk benda jugak aku dah belajar
dan aku pernah jugak terfikir
" kalau masa spm aku belajar macam aku belajar kat uni ni , mesti aku dah study abroad "
haha

tapi aku tahu
pasti ada hikmah di sebaliknya
Allah lebih tahu

sekarang aku duduk rumah
cuti semester
semester 3 bakal menyusul awal september nanti
rasa macam pelik sebab tak hadap buku *kunun

dan alhamdulillah
peperiksaan akhir habis 14hb hari tu
2 papers dijawab ketika bulan Ramadhan
tak adalah teruk sgt pun
waktu exam masa boleh makan tuh
aku siap bawak coklat dgn gula2 makan dalam dewan
coklat bukan kecik2 punya
'snikers' aku bawa
haha
lapar punya pasal sebab tak breakfast
at least waktu bulan puasa pagi2 tu dah sahur kan

nak tunggu result ni punya lah cuak
harap2 dapat result yang baik
amin

semester depan dah boleh ambil third language
wohoo , tgh fikir nak take in course apa
tapi dalam fikiran ni
aku nak ambil Japanese language
harap2 kelas tak penuh la

till here now
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
semoga amalan kita diterima olehNYA

take care all
wassalam :D

Monday, June 24, 2013

final exam semester 2 and an angel to be missed

it has been a long time
in japanese language we call it as - hisashiburi 
correct me if I am wrong
yoroshiku onegai itashimasu

recently a lot of things happened to me

got a shock news that a good friend of mine during foundation passed away
I was so shocked like really
I stayed in silence the whole day
she was really a good friend
an angel I could say 
coz she never did bad things to others
thats how she always act 
and thats what makes us 
 all her friends 
going to miss her even more
I hope and prayed that Allah will always bless you

ehm I guess I could proceed to the next topic 
if we count on the days
I only have few days left for the first final paper
seriously we dont even have a study week like what we had previous semester
so here's the schedule

26/6 - economy
1/7 - business law
4/7 - industrial relations
7/7 - statistic
11/7 - account II
14/7 - management

few days left
and we just finish the last class last week
last week was hectic

monday - test law
tuesday - test account
thursday - test economy
friday - test statistic

my myself not sure how many hours we got to sleep
well thats really just a stupid reason to be said
screwed me for not preparing earlier
ahh

I really feel that it is not proper to complaint much
If I do , I might do it in another entry 
perhaps ( =_= )
bad idea it was
I know

anyway
dear self
stay focus
please
(T_T)


Sunday, May 26, 2013

Majlis Anugerah Dekan / Dean of Excellence Award Ceremony FSPPP

Salam kesemuanya

15 Mei 2013
FSPPP buat majlis anugerah dekan
utk mahasiswa/i yang dapat dekan last semester
alhamdulillah
ramai juga warga FSPPP yang dapat
clap for them
congratulations :)


dan alhamdulillah
diri yang menulis ini juga ada di situ
mengambil hadiah
so yeah .... I am happy to be there :)


itulah yang aku dan yang lain dapat
that thing yang tegak berdiri tuh
yang ber kaler2 tuh kad jemputan
yang dalam sampul tu ada sijil
hee

from kelas BC2C semester ni
basically ada 
kak azie , zana , maz , hanan , fatin nuratiqah , farhana , dan aku sendiri
kami duduk semeja time kat majlis tuh

ouh tema majlis tu pastel color
so yeah
aku sendiri tak tau aku menepati tema ke tak
haha :3

kak azie , zana , maz , hanan , farhana , aku , mun

fatin dok bertugas pulak time ni

khaleeda , intan , aku

aku , fatin , hanan , maz , farhana :)

though majlis ni kejap je
tapi we were happy 
coz yeah , just happy

and we hope
next semester
lagi ramai akan ada kat situ
and my classmates this semester semua ada kat situ
amin

lagi naik semester lagi tougher
but hope we all can nail with it
inshaa Allah

May Allah ease our journey :)








berhabuk sudah ini blog


* tiup habuk keluar dari laptop *

ok bye -_-

hello peeps
aku rasa dah lama sgt tak menulis kat sini
through out this month 
specifically May
jadual memang pack sungguh tak terkata

tapi alhamdulillah 
kesemua assignment dan presentation 
sudah dijalankan dan disiapkan
dengan jayanya

* me clapping for myself *

sekarang ni kitorang tengah cuti hari Gawai
seminggu cutinya
makanya
this time bnyk nak rehat je la
coz dah bertungkus lumus ( kunun ) before

tapi tapi tapi
naik cuti ni still ada few tests
and assignment akaun pun ada jugak
aku dah kira 
tapi cam tak dapat
so yeah .... tunggu dapat idea
haha

bulan Mei ni ada jugak 
satu majlis yang aku hadiri
which is so so so meaningful to me
and the rest yang datang
aku update kat entry lain lepas ni
even benda tuh dah lama dah
* busy en nak hapdate -_- *

ouh ye
hari tu dapat markah mid term jugak
some ada yang buat aku senyum ke telinga
some ada yang buat aku menangis terduduk terjatuh


makanya
aku perlu belajar lebih lagi
rajin lagi
hahahaha 
( meleleh air mata )

final aku 26 june ni dah start dah
bila naik cuti seminggu ni
kira ada 3 minggu je lagi
dah laa study week tu 4 hari jer
nama je week *_*

I hope I can make it
I hope all my friends can make it too
I hope we all got Dean List this semester
YES , THE WHOLE BATCH !!!

Ganbatte Kudasai !!!!!
( Good Luck !!!!!!!! )

^_^

Tuesday, May 7, 2013

kemuncak semester 2

salam kesemuanya

bagi sesetengah orang
dalam satu2 semester tu
paling kemuncak tu masa final exam
aku pun sama jugak laa
tak terkecuali

tapi istilah tu
aku lebih prefer nak letak istilah tu
kat tengah2 semester
atau masa tengah banyak sgt assignment dan presentation nak disiapkan
lelah nafas nak cari idea
menyiapkan mana2 yang perlu disiapkan

dan bg aku
aku rasa penat sendiri sebab 
aku rasa aku yang tak cukup nak bagi komitmen sepenuhnya
aku susah nak terangkan situasi aku
*now am scolding myself in the dark -_-

here are the things 
that I have to settle for this coming days

assignment ACCOUNT
 ( kena hantar minggu ni , baru dapat minggu lepas )

assignment IR
presentation IR
(dua2 ni come in line , 
yg mana apa yg ditulis di assignment will be presented
so , so far dah halfway siap .... due date , minggu depan )

assignment MANAGEMENT
( still dalam perbincangan kumpulan , kena hantar hujung bulan ni )

test STATISTIC
( hari Jumaat ni )

kerja ECONOMY
( basically past year la , discuss minggu ni )

even tak nampak macam banyak
*duhh -_-

aku harap dapat siapkan dengan senang

doakan aku

take care all
^_^

Thursday, April 11, 2013

peperiksaan pertengahan semester 2

salam
good day everyone

bukan masa sekolah jer 
ada peperiksaan pertengahan tahun
kat universiti pun ada
cuma orang panggil mid term test

basically kat uni
test tu orang prepare lebih sikit dari kuiz
tapi both bawa carry mark yang bnyk laa kat subjek tuh

and yet kat my uni
tak semua fakulti ada mid term test
macam fakulti aku
dia ada spesifik satu minggu utk test
but still tgk lecturer tu jugak nak buat bila

so macam aku
ada certain subjek macam 
business law
ekonomi ( baru jer test tadi )
dah cover minggu nie

minggu depan
giliran subject core utk degree aku
paper IR ( industrial relation )
dengan paper management

both nie 
kalau tak prepare 
even utk 3 or 4 chapter
bersedialah untuk menangis
banyak kot nak kena baca
jujur aku cakap

test akaun pun minggu depan

utk business statistic aku tak sure bila
dan aku pun tak tau ada ke tak
haha

anyway
doakan kesemuanya ok

tadi utk paper ekonomi
boleh tahan bnyk diagram kena lukis
kalau yang budak dari asasi tuh
tak payah nak bajet kau hebat sebab pernah belajar ekonomi
degree nie sangat laa beza
so tak payah nak bajet sgt
( kalau kau dari asasi , junior esp , dan kau baca entry nie laa )
tu nasihat , bukan kata2 penjatuh semangat

aku pun dari asasi jugak
sebab rasa macam pernah belajar
so ingatkan senang
nak nangis jugak laa dalam kelas tuh

haha
kalau nak semua benda senang
duduk rumah tak payah buat apa2
memang tak jadi orang laa jawabnya

makanya 
semua benda nak kena ada usaha
baru ada hasilnya

aku nasihatkan diri aku dan siapa2 yang membaca
marilah kita rajinkan diri sama2
ok? 

jaga diri awak2 sekalian ^^

Friday, April 5, 2013

lepaskan yang mana?

baru habis kelas akaun sebentar tadi 
sekarang menghadap komputer riba
menaip dan berfikir
apa aku nak lepaskan 
selepas ini

ok
lepas ni ada trip ke SCM ( setia city mall )
sebab ada class gathering
and at the same time nak celebrate birthday
one of the classmates

so sekarang ni
aku dalam dilemma
nak gerak ke sana tu rancangnya
dalam pukul 3 petang
itu adalah selepas solat jumaat

makanya aku berfikir
tempat kami nak pergi makan tu 
ala2 buffet 
( or whatever ejaan dia , aku tak tau )

malam ni aku ada kokurikulum
asalnya hari khamis laa
tapi coach decide nak buat hari jumaat
aku ada text CR semalam
tanya ada kelas ke tak minggu nie
dia tak balas
dia pun fakulti lain
aku malas nak call dia
nak tnya coach sendiri
tak kan laa weyh
dah laa dia datang jauh2

dia jadi tak sedap hati bila
kau jarang sedap hati nak ponteng itu ini
makanya
aku tengah kesusahan hati
gitu -_-

bila dah ambil set dinner
tak kan nak makan kejap jer
or else mesti lama kat situ
sebab gathering kan

and yet
kokurikulum tu start after maghrib
and perjalanan dari mall ke kampus 
lebih kurang setengah jam

oppurtunity cost  (apa yg aku kena forgo) tu
aku sendiri tak tau nak pilih yang mana

ya Allah 
please help me >_<

Wednesday, April 3, 2013

kepenatan terlampau dan presentation


jujur aku katakan
sekarang ni aku penat yang amat
masa tgh menaip ni pun tunggu nak lelap jer mata ni
baru balik kelas tadi
nak duduk kejap
maka aku menulis 

aku tak tau laa
mula seminggu dua ni
kerja dah start bertimbun
eh tak
kerja memang tak kan pernah nak habis
tapi aku rasa macam
banyak sungguh benda nak kena cover
and yet rasa macam tak buat apa2
risau tu sentiasa ada

and aku rasa sampai macam nak nangis
sebab bila nak tidur
dah laa penat
tapi tak boleh
kau faham tak perasaan tuh?

gap kelas pun tak berapa nak banyak
makanya
nak tidur pun bukannya option yang baik
tapi aku nak ulangkaji pun
ehem -_-

aku tahu semester nie
nak main2 pun tak boleh dah
doakan aku dan sahabat yang lain
terima kasih daun keladi ^^

ouh yea
tadi ada presentation management
aku buat dengan lagi dua orang
farhana dan zana
they are good

kami bawa 2 soalan
di bawah satu tajuk
PLANNING
merancang ( planning ) ni salah satu cabang utama
dalam pengurusan ( management )

jadi an hour b4 kelas tu
memang ada praktis sikit
tapi cuak tadi tak payah cakap laa
menggeletar jugak aku bercakap tadi
rasa macam 
apa benda aku cakap ni

anyhow
alhamdulillah
miss cakap
our presentation is beyond her expectations
and she said that it was the best !!!
haha
happy kot masa tuh
tak jangka pun 

sebab dari sisi aku sendiri
aku rasa macam point yang kitorang bawa tu
macam tak cukup
tapi bila miss cakap ok
then lega laa sebab at least 
jawapan ktorang tu melepasi piawaian
alhamdulillah

and yet she said
that I am fluent in presenting
aku macam ber monolog kejap
" like seriously? "

haha

but anyhow
aku tahu
banyak lagi aku kena improve
inshaa Allah in the future
lets develop and improve to be better
okay uolss? 
LOL

take care yaww
aku dah penat
nak tidoq sat

jaga diri ^^