Wednesday, August 29, 2012

kebosanan @_@

aku akan mendaftarkan diri di uitm shah alam pada 8hb Sep 2012
which means
next week !!!

selepas aku berhenti kerja di MPH pada hujung bulan Jun yg lepas
aku rasa nak enjoy cuti laa 
*konon
best laa jugak actually
tapi bila lama2 rasa bosan pun ada

aku berhenti atas certain reason laa

ok sekarang nie
even tinggal minggu depan jer nak masuk degree
aku rasa cam xtau nak buat apa

#1
nak buat registration course pun rasa cam stuck
sebab aku cam blurr macam mana nak register
ada few question laa yg tergantung
bila dah log in student portal
then dah click academik
time nak daftar tu kena pilih group sendiri ke apa
haa , kat situ laa aku stuck
and aku rasa mesti sebab ramai yg log in
so system jadi agak lambat sedikit laa :3
xpe , kita tunggu bila boleh register , kita register

#2
perihal ptptn
sama ada akan dapat wpp atau x
kitorg sume cam xtau cam mana nak check
sebab dikhabarkan 
result wpp akan keluar 2 weeks b4 daftar masuk
kitorg sume cam blurr weyh 
haha

#3
aku rasa aku cam buat benda yg sama hari2
haha
kau tahu x?
kalau kau online hari2
hadap lappy nie
HARI - HARI !
kebosanan tahap gaban melanda
haha
tapi ada certain benda tuh
x online tu rasa bosan jugak
pelik pelik :P

#4
aku rasa cam kena buat something yg lebih berfaedah
sebab nanti dah masuk study dah xde masa sangat nak berjimba jimba
*ceh , ayat
maksud aku ngan things yg aku akan rasa freely nak buat
as in , tgk movie ke apa ke
haa

so 
dengan kebosanan ini
aku tulis entry ini
haha

ok 
see ya
^_^

Tuesday, August 28, 2012

bajet nak over XP

hye
aku tau aku dah lama x post
kalau ada pon post aku cam tah pape jer
LOL
abaikan

btw selamat hari raya to all
minta maaf andai diri ini ada mengguris mana2 hati dan perasaan
maaf , no duit raya
coz aku pun x dapat duit raya
hahah

raya kali nie agak hambar sedikit
aku rasa cam bulan puasa hari tu lagi ada feeling laa compare to this raya
somehow am so happy that kita sudah melepasi bulan madrasah 
tetapi khuatir andai salah langkah boleh 
membuatkan sth worst towards apa yg dah kita kerjakan dalam bulan puasa dulu

ok ok ok 
now lately aku memang bukak semua social networking sites yg aku ada
*ayat x boleh blah
tapi yelah , nak masuk uni minggu depan kot
so aku hambat masa yg ada dengan benda2 camni
*sangat berkualiti ye masa aku dibazirkan :P

kat fb orang kata aku post status cam orang putus cinta
haha
itu lawak universe yang aku hanya mampu senyum mendengarnya
tapi aku sebenarnya memang tengah kecelaruan emosi
tak tau apesal tah
tapi aku cam biarkan jer
now am teaching myself to be rational
seriously i neeeeed to be guided for better route
haha

twitter is like the second home for me
aku suka sangat lepak sana coz 
guys
untuk orang yg jarang keluar rumah cam aku nie
thats where i can go
haha
tapi ntah .
the feeling wasnt the same cam kita lepak face to face ngan kawan
just tnya khabar 
membaca tulisan
percaya laa cakap aku
ia sangat membosankan

tumblr lately nie gak membuatkan aku gemar menjengah ke sana
pictures do help to at least release my stress
* even not much
tapi yeah 
aku just menggunakan apa yg ada utk isi masa yg ada
haha

blog is the last page to go
not really
aku bukak jer sume
tapi start raya nie cam jarang nak bukak kan
aku tgk vlog kawan aku
sangat impressive
haha
dia dah nak fly kot pergi UK
somehow am so happy for him as i knew that he really want to further his studies there :D
next month dia fly
thanks to you for always helping me a lot back then :)
wish you all the best !

and and
one more thing
all these sites can be taken as the story timeline for all of us
kau tengok eh
teenagers laa especially
update all information about their activities 
what ever that they do
what ever that they feel

kadang orang yg lagi tua
or those yg jarang guna twitter or tumblr or what ever akan cakap
" ok , x suka twitter sebab kat sana semua cam luah perasaan jer "
" err , tumblr tu cam kau letak gambar jer bnyk , apa function "
thats what i heard the most
tapi kadang2
thats what all of us have been exposed to 
so , yeah , no comment
haha

dia actually tgk orang jugak laa
ada jer yg baya aku x pakai networking sites nie sangat
ade jer yg lebih prefer buat benda lain
ikutlaa
x semua
am not label - ing
am just stating the thought that exist in my head
no offence please 

and disebabkan aku sangat laa " rajin " nak update blog
so aku letak semua summary dalam entry yg sama
haha

i have a friend
dia baik laa , kadang terlebih baik
.___.
tapi lately nie dia macam pelik jer
ntah laa 
cam xtau nak react dengan kebiasaan dia react ngan aku
aku kadang2 rasa 
aku nie ada buat salah ke dengan dia?

kadang dia macam kabut jer cakap dengan aku
kadang dia cam text ayat cam xde feeling jer
kadang nak tergelak pun ada
sebab ntah

tapi aku appreciate laa sebab dia selalu keep in touch ngan aku
dia selalu cakap yang dia mmg selalu contact kawan2 dia
haha
aku harap cepat2 laa dia jumpa someone dan dia kawen terus
teringin gak nak tgk sapelaa isteri pilihan dia :P
semoga jumpa someone yg terbaik ea bro :)

aku pun doa utk diri aku jugak
sapelaa aku akan jumpa nanti kan?
haha 

minta maaf salah silap

till next entry 
^_^




Thursday, August 16, 2012

...

aku sedih bila kau kata kau akan pergi
aku sedih bila kau kata 
kau pohon kemaafan 
kerana umur kita x tahu panjang ke tidak
ia tidak sama andai orang lain yang menuturkannya
( utk spesific situation la )
- walaupun betul lah apa yg kau ckp -
tapi buat kau
aku hanya mampu diam 
tatkala mendengarnya

aku buntu laa
aku nak lari
tapi makin lama
ia semakin dekat
aku nak nafikan
tapi makin lama 
makin aku pening fikir

ada perkara ingin aku kata
aku sayang kau
walaupun kita baru jer kenal
tapi
aku tahu aku perlu kau
walau sekadar kawan
aku xtahu apa perancangan di masa hadapan
aku cuma harap kau sentiasa ada
sihat senantiasa
aku akan selalu dengar suara kau
aku akan selalu rasa dekat dengan kau
sama ada sebagai sahabat yang dekat 
mahupun teman sepermainan
andai ketentuanNYA butuh kita lebih dari itu
aku terima andai itu yang terbaik

tapi sekadarnya
aku selesa dengan kau
kau selalu buat aku gembira
kau selalu buat aku tersenyum
aku happy sangat kenal kau
aku xtau nak cakap
aku xtau nak kata
biar ia ralat antara kita
aku tahu
kau memahami diriku
aku harap begitu

doaku sentiasa
agar kau bahagia

with smiles
- me -

rasa ini sangat membuatkan aku keliru

***

some said
- Don't be so desperate to find love. Instead, u should save the best part of u for the RIGHT person who deserves you, at the right time. -

but at the same time 
- Whenever I try to not think of you, you're the only person who stays in my mind, no matter what I do -

Do this happen to you?

nie copy paste from twitter
i am just wondering
which one should be the right way to go ...

#justWONDERING

Wednesday, August 15, 2012

realiti vs fantasi

salam kesemuanya

hari nie hari ke 26 Ramadhan
Ramadhan hampir ke penghujungnya
Aidilfitri semakin menghampiri

rasa sedih kerana Ramadhan nak meninggalkan kita memanglah ada
tapi yang aku nak cakap nie
pasal dah nak raya nie

SATU
bila malam raya jer
semua excited nak bakar mercun
walhal bukan ke kita digalakkan bertakbir
i mean boleh nak bergembira
excited terlebih pun kena agak2 laa kan
xkan dah habis Ramadhan
solat semua tah ke mana

DUA
pagi raya
ok best bila semua family kau berkumpul kau nak ambil gambar
tapi x perlu laa bila time nak minta maaf semua galak nak amik gambar
ape motif?
aku rasa macam x perlu kot
gambar family tu ok laa
tapi cam bila over
rasa macam
daa , what the -_-
pastu dah habis amik gambar kau pergi beraya ke kau duduk rumah?
laa 
buat apa kau pakai lawa2 nak ambil gambar tadi?
aku rasa mostly balik kampung kan?
time nie laa nak jenguk saudara mara

TIGA
budak2 sekarang nie  dah terlatih agaknya
bila nak raya
bersiap beg nak letak duit raya
datang rumah orang nak kutip duit raya
hey sape ajar kau?
pastu ada certain laa kan
datang rumah pastu
bila kita tanya kenapa x minum air and makan ape semua kan
dia kata nak balik dah
cakap
" cik , nak duit raya "
pastu blah
eeee , xde manners langsung
datang rumah nak duit raya jer ke?
kalau orang bagi amik jer laa
bersyukur
x bagi x apa
bukan ke amalan ziarah menziarahi yang perlu ditekankan?
sekarang dah lain pulak
ada pulak tuh
" weyh , jom raya rumah besar tuh , mesti duit raya banyak "
kalau dapat rm5 kau keluar kutuk tuan rumah pulak
" apa nie , rumah besar , rm5 jer "
aku rasa macam nak tampar jer budak2 camnie
ok  , maaf
just aku rasa xde manners laa kalau buat macam tuh


EMPAT
nie pasal cerita raya
ok aku pun tengok juga
cuma en
kenapa cerita-cerita di media time raya nie semua sedih2
memang laa ada kadang2 rasionalnya cerita tu
kira ada moral of the story nyer juga
tapi 
raya kan menyambut kemenangan
aku harap jangan laa banyak sangat cerita sedih
happy2 jer pun x boleh juga
kena ada rasa insaf tu sikit



tu jer kot aku nak tulis
aku bukan apa
sekadar tertanya tanya
entiti apa yang nak diterapkan kepada generasi sekarang
bila semua dah ada persepsi2 yang lebih kepada fantasi berjenaka Mat Jenin
dan realiti itu dibuang ke lautan Pasifik
ecece
so
apa yang tinggal
kan?

maaf salah silap
till next entry 
^_^

terima kasih kawan


dari hati aku bersyukur sebab aku kenal kau
dari minda aku gembira sebab 2 bulan yang lalu aku jumpa kau
kau selalu sokong aku
selalu ada dengan aku

kadang aku rimas
kadang aku selesa
ntah
xtahu nak gambarkan bagaimana
kadang2 intention tu macam lari dari jangkaan
kadang ia sekadar luahan rasa
aku kadang2 mebiarkan
kadang2 keliru mana satu yang menjadi ikutan

kau terlalu baik
walau kita jarang berjumpa
tapi satu hari nanti mungkin ada rezeki
aku harap kita masih dalam kesihatan yang baik
dan kita gembira bertemu semula

pernah aku suakan pertanyaan pada sahabat baikku
sama ada aku perlu menjauhkan diri atau tidak
kerana kawan yang seorang ini 
selalu keep in touch dengan aku
selalu text or call
so aku rasa macam
agak rimas sedikit

so my bestie cakap
just say it if kau x selesa
well i did
alhamdulillah
it turns out well
cuma kitorg still contacted
niat aku hanya nak kawan
andai kata ia akan berlaku lebih dari itu
aku rasa mungkin belum masanya
terlalu banyak perkara aku ingin fikirkan
dan kau juga begitu


sekarang ini aku bukan menjauhkan diri
sekadar ingin membiarkan kita berhubung perkara yang perlu sahaja
tetapi aku tetap hargai kau kawan
sebab
sebagai manusia
aku sayang kau
kerana kau selalu meneliti nilai sahabat
cuma mungkin aku perlu ruang
agar hati ini x lari dari landasan sepatutnya

tapi aku tetap akan ada dengan kau
dan untuk sokongan kau 
aku nak ucapkan
terima kasih kawan :D

semoga Allah memberkatimu 

Monday, August 13, 2012

talk and walk



ok 
macam straight forward sangat kan?
tapi
gambar kat atas nie pun betul juga mesejnya
tetapi
aku bukan nak post pasal nie

alright
lets begin
sebagai manusia memang selalu didengari
yes
 " kita tak sempurna " 

one thing that always mingling around is
when people talk about you and you talk about people
this thing never STOP !!!

kau x puas hati dengan aku
aku x pus hati dengan kau
at the end
sape yang betul dan siapa yang salah? 

hati manusia nie sentiasa berbolak balik
macam2 kita nak kat dunia nie
macam2 kita rasa
syaitan sentiasa ada dekat
nafsu apatah lagi

gah
dalam bulan puasa nie Allah ikat syaitan
so siapa yang masih sama perangainya
thats come for your nafsu
kan?
correct me if am wrong ~

pendekatan apa nak pakai kalau benda macam nie jadi?
ada pendapat?
( kalau ada sila komen di bawah )

tapi bagi aku lah kan
we wanna grow up to a better person
so
kadang2 kalau nak positifkan diri aku cakap

 " xpe ... biarkan dia bercakap "
 " kita analisa ... ambil mana yang sepatutnya dan ubah semampunya "



perubahan itu bukan sekelip mata
i mean
takes time laa kan 
setiap insan perlu satu rasional kenapa dia perlu berubah
 ( pada pendapat aku laa )
sebab kalau kau ikut nasihat orang membabi buta sahaja pun x boleh juga
so learn to take something after you analyse it and be positive with it

nak positif bukan mudah
kau kena selalu ada dengan orang yang selalu nak improve
and selalu nak cari something yang baik untuk diri dia
baca perkara2 yang selalu bawa kau ke perkara yang sepatutnya
tapi semua tu kena selalu updated
bagi yang selalu terikut orang lain tu
hati kau kena kuat
kena pandai cari siapa yang kena selalu dengan kau

everything is up to you

aku pun kena selalu nasihatkan diri
aku pun selalu juga kalut 
fikiran negatif tu datang tanpa kita minta
tapi kena pandai2 laa

kalau orang ingin mengata
dan membawa anda jatuh dari landasan yang sebenar
abaikan

make it as :


YOU DO THE TALK  !!!
I WILL DO THE WALK !!!

dan jangan lupa
sentia berdoa
agar Allah kuatkan hati kita
dan kita sentiasa dikelilingi oleh mereka 
yang akan selalu membimbing kita ke route yang lebih baik
kita improve sama2
insha Allah

maaf andai ada kecelaruan susunan kata
if nak share pape just comment kat bawah
i will really appreciate that
till next entry

***

Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya
agak sedih apabila memikirkannya 
hmm
kuatkan beribadah
semoga Ramadhan kali ini menjadi madrasah terbaik buat kita :D
insha Allah :)


long journey :D

semalam
aku berjalan sakan dengan abang aku , ibu and aiman
kitorg just pergi shopping sikit laa
keluar dalam kul 10.30 pagi then sampai rumah dalam kul 5 petang
haha


by right 
dari pagi sampai 2 lebih camtuh laa
kitorang pergi shopping kat JJ bukit raja
lama gak kat situ en
aku x beli apa sangat for myself
just
buku yang aku rasa dah happy kot dapat beli
aku singgah POPULAR
aiman nak beli buku yang dia selalu baca
pastu kitorg singgah MPH
jeng2
jumpa bos lama
haha
aku beli 2 buku kat MPH
( dulu bukan nak baca -_- )




ok ok 
lepas dah habis semua tu
kitorg gerak pergi masjid negeri
dalam kul 3 lebih sampai kat sana
solat zuhur
pastu just beli sth sikit laa
cam jubah etc
dalam kul 4 lebih balik
sampai rumah pukul 5 lebih
terus terbaring kot
penat






( family salah satu pakcik )
gambar x clear sangat tapi meja penuh
dengan makanan kot , hehe :P
malam tu pulak
adik2 abah ajak berbuka sama2 kat tanjung harapan
tapi aku , abang aku ngan aiman jer pergi
abah ngan ibu x dapat pergi
ada program lain kat tempat lain
ok
so kitorg gerak dalam 6.30 camtuh laa
sampai2 sana dalam 7 lebih
dah nak waktu berbuka
gosh
sedap kot makanan kat sana
alhamdulillah
pak cik belanja
haha
dah habis solat maghrib semua
duduk jap
pastu kitorang balik
dalam kul 9 sampai rumah


abang aku penat kot
dari pagi bawa kereta
sampai ke malam
hmm
kesian
tapi terima kasih ea bawa kereta
ngee

so 
its a long journey
hari ni aku still penat
perhaps sebab lama dah x jalan
haha
dulu kat kuantan selalu jalan kaki
itulaa transport paling murah dan save kat duina
ececece :P

alright
till next entry :D

***
sekarang nie dok kalut nak selesaikan hal ptptn
aku x buat apa lagi pasal nie
orang lain dah settle kot
aiseh
need to be hurry ... ='/

Friday, August 10, 2012

annoyed . . .


ada certain benda buat aku annoyed

SATU
kau cakap benda yang sama banyak kali
k fine aku pun kadang2 buat
tapi this situation dia macam
aku dah kata aku faham
then kau repeat lagi dan lagi dan lagi
aku rasa macam .....
bila aku cakap yang
" ok i get it , could u please stop repeating that? "
kang marah pulak
haish


DUA
bila kena paksa buat benda yang aku xnak buat
ok ok 
kadang2 benda tu baik 
xpe laa
tapi 
when it goes to raise up that person anger
and i was at the situation yang aku x faham kenapa aku kena marah
urghhh
penat laa macam tuh
@ ___ @

it just penat
kadang aku rasa aku nie x faham diri aku sendiri
kadang x faham orang lain
dia macam
kefahaman yang boleh difahami 
tetapi malas utk difahamkan sebab
kau sebenarnya faham
faham2 kan laa

aku tahu x semua orang betul
tapi
hmmm


setakat nie tu jer laa kot yg aku nak tulis
aku pun bukan sempurna
minta maaf laa
tapi
menulis at least buat aku rasa cam 
hilang sikit rasa asyik nak mendiamkan diri
release lah jugak
walau x semua

page kau 
suka hati kau laa kan kau nak tulis apa
haha
tetiba

kau suka kau baca
x suka xyah cakap pape

kalau rajin komen laa
x rajin biarkan aje
simple kan?
ntah

xyah buat orang lain annoying ngan kau
dan x buat aku rasa annoying ngan environment
kadang rasa cam selalu nak blame diri
aku x suka laa that feeling

trying to throw that away
* far far awayyyyyyyyy *
hmmm
what ever 

ok ok
sorry kalau pape
till next entry
adios

Thursday, August 9, 2012

lantaklaa

kau tahu
manusia ini punyai masalah sendiri
manusia mana xtau masalah itu apa
cuma MASALAH nya 
kita xboleh nak describe apa benda yang buat kita berserabut
dan kenapa kita rasa down?
kenapa nak susah2kan diri fikir pasal benda tu?
patut ke x?
kadang kelakar fikir
tapi
betul kan?
aku pun selalu rasa cam tu
rasa cam loser
kadang2 positif x bertempat
tapi ok laa kan positif
cuma hati manusia nie ada batasnya
sampai masa rasa nak meletup jugak
sakit bro pendam masalah tu sorang2
aku tau kau juga tahu


 " lantaklaa "
perkataan yang selalu kita cakap nak elak dari terus fikir
tapi dalam hati semua tu berkecemuk
cam lava tunggu nak meletus keluar dari gunung berapi
cewah
alhamdulillah negara kita nie luar dari kawasan lingkaran api pasifik
( betulke terms tu? )
haha
lantaklaa
#eh 

somehow
aku selalu nampak , selalu rasa
kalau aku cerita kat orang pun 
bukan aku ley cerita semua
nanti bukak aib sendiri dan orang pulak
kalau cerita pun
mana tau orang itu akan demotivate kita pulak
satu hal lagi bertambah
tapi cam aku
at least kalau dah cerita
aku rasa lega
biasa ngan kawan laa
kawan pun penting kot
xsemua benda aku cerita kat family

well
family
not everything would be the same as what they have been through
but they know
ehm , at least
ok ok 
family pun penting jugak
jangan pernah ditinggalkan
haha
yep
mark that !

selain tu paling penting is
doa
yup
kita nie selalu lari dari kenyataan
yang kita nie kena selalu bergantung pada Tuhan

back to family
keluarga 
itu tempat kita mula
itu tempat kita membesar
diorg pun manusia
kita pun sama
kalau ada masalah 
x puas hati ke apa ke
kadang x sampai hati nak marah
takut nanti anak2 kita wat cam mana lak kat kita
macam2
lagi2 orang cam aku nie
baya2 baru nak up sikit
banyak benda nak buat
tapi rasa cam ..... *sigh
banyak larangan
kadang aku akur jer sebab aku perempuan
somehow aku rasa bertuah sangat
idk how to describe the feeling
but it always complicated
tapi satu benda laa
semua orang
macam mana pun dia rasa
dia akan sayang family dia
most of the time laa
sometimes different
lain orang lain cerita
depends laa

aku xtau entry nie mana ala tuju dia
haha
just
masalah itu tetap akan ada
banyak internal dan external factors akan buat kita lebih matang menilai
yeah , one day 
insha Allah

kadang2 aku penat buat kerja yang sama
routine yang sama
rasa penat
dan rasa 
nak keluar dari kepompong yang sama

tapi dalam masa yang sama
aku xnak lukakan hati sesiapa
ajal kita xtau bila
so aku harap semua hidup gembira
hee

ok
sekarang dah jam 7.23pm
hampir waktu berbuka

happy iftar everyone
have a nice day
mohon maaf salah silap
daa 

^___^

Wednesday, August 8, 2012

jejak ~

saat orang sibuk berbicara 
panjangnya line orang beratur di baskin robin
untuk ice cream free
aku di sini update blog
bajet cool yaww
:P

saat ini aku rindu satu kisah
sakinah
this girl
idk
she's so cute
i would prefer to call her adik
since i dont have adik perempuan kan
( i dont really mind about that )
but ... but
dia baik sangat

time2 bulan puasa nie
teringat time semester 1 kat kuantan dulu
dak nie sekolah mrsm
dekat pekan laa
since ada orang teringin sangat nak jumpa kina
aku pun pergi laa sekali
haha

masa tu pergi dengan alia syafiqah , liyana and ... and
haha , shahrin
time nie laa aku kenal alia ngan yana :)
nie jugak first time aku jumpa kina :)

kira bersungguh jugak laa cari kereta time tu
woot woot :P

kat sekolah tu ada majlis berbuka
shahrin ngan alia tu bekas murid mrsm tu
so aku nie just ikut jer
tup2
berbuka sekali kat sana
bestlaa

since dari tu
kitorg jadi rapat
haiyaa
i miss that girl lorh ~

hopefully dia ok2 jer
am always praying for your success
and hoping that you always get a happy life ye dik :)

alia , me , shahrin and yana :)
sakinah & me :)

med check up ~

nie cerita yg dah berkurun
baru ingat nak tulis :P

nie med check up utk masuk uni
kira utk masuk degree laa

pergi klinik kerajaan jer
aku pergi masa 27 hb july
buat appointment
kira hari tu ukur tinggi apa sume yg patut dibuat
next appointment adalah pada 31 hb


31hb
kena buat xray
jumpa dr
based on xray result
dr suro buat further check up
terkejut gi le
doktor kata perhaps lungs ada jangkitan kuman
dia syak aku ada batuk kering
but at that moment aku batuk pun xde
aku rasa mungkin sebab aku demam few days b4
( ada cerita di previous entry )

so aku kena daftar as patient
further check up nie aku kena buat dalam 3hari
so on 31hb tu aku kena injection
sorry aku xtau nama injection tu tapi mmg kena inject laa
pastu ada antibiotik kena makan

1ogos
aku kena pergi klinik tu balik
amik darah and kena bagi kahak 2 botol
( punya laa susah nak bagi kahak tu )
( batuk pun xde en )
nie laa first time kena amik darah
sakit laa jgk
kebas berapa hari kot
nie baru baik

2ogos
just kena hantar kahak 1 botol

3ogos
buat appoinment jumpa doktor
hari nie buat reading bekas injection hari tu
pastu amik result kahak and darah
ok fine
cuak tahap gaban laa hari tu

soalan first doktor
" macam mana dengan batuk awak? "

aku cakap
" saya mana ada batuk doktor "

doktor : 
eh? habis kenapa awak kena buat check for tibii?

aku : 
*mana laa aku tau -_-
: perhaps sebab xray tu kot doktor , previous doktor ckp camtuh

doktor :
" bagi saya xray awak
~ sambil melihat xray pastu senyum
~ actually awak sihat jer
xde pape pun

aku:
- awkward moment jap -
- aku tgk abah pastu tgk doktor -
" betul ke doktor? "

doktor :
" result darah and kahak awak semua ok"
" xray pun ok"
" awak sihat "

seriously relieve kot
kau tahu betapa takutnya bila benda2 camnie happen
tapi doktor kata untuk safe side better check
xpelaa
lucky buat med check up awal
satu benda dah settle

cuma serious syukur xde pape
family aku semua risau kot

thanks ya Allah
sekarang ada satu benda laa aku rasa

u better take care of your health
jangan amik mudah
tu jer laa

doakan kesihatan saya dan yang lain ya
thanks for visiting my blog and reading this

till next entry :D

Tuesday, August 7, 2012

kekalutan ~

kekalutan
haha
tajuk tu just sebab aku rasa aku dah lama x tulis
actually bnyk gi le benda yang jadi
i mean between this mean time

bermula dengan cerita medical check up
pastu balik kampung sume
tu belum lagi iftar di MPH
lagi best

sad story
happy
mixed
semua ada

aku kena buat different entry rasanya
tgklaa kalau rajin
haha

btw
hari nie dah hari ke 18 puasa
rasa cam sekejap jer
sedih pun ada
xtau nak rasa apa
sebab
idk whether i used all the time wisely in this month of barakah
i hope i do

well i hope everything went well

aite
take care all

Ramadhan Kareem

Allahu Akram