Thursday, April 28, 2011

makanan kurangkan risiko sakit jantung

hye!!!
KESIHATAN SANGAT PENTING DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

makanya...

berikut adalah beberapa makanan yg boleh diambil utk mengurangkan risiko penyakit jantung


 1.   IKAN
( mengurangkan risiko sehingga 50% )

persatuan jantung amerika menyarankan agar memakan sekurang-kurangnya dua hidangan ikan setiap minggu . 
kajian terkini pula menunjukkan memakan sekurang-kurangnya satu hidangan ikan seminggu boleh mengurangkan risiko sehingga kematian 50% ekoran penyakit yang berkaitan dengan jantung.
 2.  EPAL
( mengurangkan risiko sehingga 50% )
kajian menunjukkan bahawa meminum 12 auns jus epal atau memakan 2 biji epal sehari boleh mengurangkan pengoksidaan kolestrol LDL .
kajian yg dilakukan di Netherland menemui kandungan phytochemical di dalam epal membantu mengurangkan risiko kematian disebabkan penyakit jantung.

3.   WALNUT
( mengurangkan risiko sehingga 45% )

walnut mengandungi sejenis lemak yang dikenali sebagai asid linolenic yang berperanan mengurangkan kolestrol dan menghalang pembekuan darah .
kajian menunjukkan bahawa memakan walnut boleh mengurangkan tingkat kolestrol sepenuhnya sebanyak 12% , manakala kolestrol LDL sehingga 16%.


4.   MINYAK ZAITUN
( mengurangkan risiko sehingga 40% )

minyak zaitun mengandungi lemak tidak tepu paling banyak iaitu 77%.
Ini secara tidak langsung mengurangkan tingkat kolestrol LDL tanpa memberi kesan pada tahap HDL ( dari sudut kardiologi , ia membawa maksud memperbaiki ratio kolestrol )

5.   KEKACANG 
( mengurangkan risiko sehingga 30% )

satu hidangan kacang sehari boleh mengurangkan kolestrol sehingga 10% .
Kacang juga mengandungi kompaun yang mampu mengurangkan pembekuan darah dan meningkatkan fungsi saluran darah.
Ia juga sumber terbaik folat yang mana mengekalkan tahap homocystein ( yg mempengaruhi masalah jantung )
6.   OAT  
( mengurangkan risiko sehingga 29% )

menurut lebih drpd 40 kajian , memakan lebih satu cawan oat ( yang siap dimasak) sehari , boleh mengurangkan tahap kolestrol dalam darah .
Kandungan beta-glucan dan serat larut di dalamnya bertanggungjawab mengurangkan tahap kolestrol ini.
Sekiranya pengambilan oat dilakukan secara konsisten , ia boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sekurang-kurangnya 20%.


ok
sekadar perkongsian ilmu
dan untuk sebaran kepada yang lain

thanks for reading my post
~me~

No comments:

Post a Comment