Saturday, April 27, 2013

berlari menuju pelangi

sehari dua ni
aku rasa ada sesuatu yang ketuk hati ni
nak jadi lebih rajin
lewls

jujur aku kata
semester 2 ini banyak mengundang keserabutan di kepala
salahnya mungkin ada di benak sendiri
maka aku berdiam diri sahaja

beberapa hari lepas 
aku ada berbicara dengan seorang sahabat
( terima kasih pada dia utk nasihat ini )

dia kata hendak berjaya ni
mungkin akan mengambil masa yang lama
tapi jangan rasa apa yang kita dah lalui itu
sebagai sesuatu yang membuang masa

contohlaa

dahulu aku belajar asasi undang - undang
sekarang aku sambung ijazah sarjana muda pentadbiran korporat
kan lain bidang tuh
walaupun asasi mengambil masa setahun
ia tetap megambil setahun usia aku

tak kan aku nak kata 
aku dah buang masa satu tahun belajar bukan?

aku fikir laa
macam kawan aku cakap
aku belajar bnyk benda waktu asasi dahulu
i gained a lot
and which makes me a lot more better
dari diri sendiri masa di sekolah dahulu
ehem

betul jugak
sekurang-kurangnya
aku ada asas undang-undang
bila kau belajar undang-undang
skill putar belit ayat tu kau memang akan ada 
* ok , ini menyimpang ... haha

and aku kenal ramai orang
aku belajar hidup jauh dari negeri sendiri
( sebab asasi kat kuantan )
belajar naik bas 
( sebab dulu sekolah dekat , parents hantar je )
banyaklaa
dan hidup kat sana memang best
jujur kata memang best
dan aku juga belajar utk lebih berdikari

bila masuk degree
aku belajar pasal management pulak
belajar macam mana nak deal dengan orang and etc
walaupun aku sedar aku passive sikit degree ni
( aku pun tak tahu kenapa )
tapi aku belajar bidang lain
yang menambahkan pengetahuan kat kepala dan diri ni

alhamdulillah
Allah bagi peluang untuk terus belajar

back to topic kat atas
aku rasa aku bit lost sikit semester ni
mungkin aku high hope
aku pun tak pasti

tapi aku rasa
aku perlu lebih rajin lagi
sebab kalau aku nak gained sth
( sth tu singkatan utk something - bagi those yg mungkin tak tahu laa )
aku yang perlu usaha

and yes
aku perlu sokongan

aku dah terlalu muak 
ditinggalkan di belakang
atau tidak dipedulikan oleh orang2 yang berkepentingan
dan aku pulak memang suka buat perangai tak ambil kisah
tapi aku tahu masih ramai yang menyokong di belakang
dan aku tahu Allah sentiasa di sisi

makanya aku harap
aku terus ada kekuatan utk menjadi lebih baik
dan berlari menuju pelangi yang indah

mungkin aku akan terleka
kerana manusia sifatnya mudah lupa

tapi aku berharap
aku ada doa kalian
dan aku juga kita semua berjaya bersama-sama

Ya Allah
permudahkan lah urusan kami semua
amin


semoga kita semua sentiasa berada di bawah lembayung rahmatNYA

jaga diri

^_^

No comments:

Post a Comment