Wednesday, March 20, 2013

lampu malap

kebanyakan perkara
kita akan nilai dari perlbagai sisi dunia
aku tak terkecuali
tambah2 pulak aku jenis 
yang suka tgk orang lain buat apa
dok fikir jer kerjanya
tapi cakap dalam hati je laa

tapi bila usia dah makin meningkat
keupayaan kita utk menilai sesuatu jadi lebih sempit
sempit bermaksud kita dah tahu
nak nilai dari segi apa
kenapa , mengapa dan bla bla bla

* kau isi lah dengan kata soal yang kau belajar kat sekolah dulu
kata BM A+ 
haha

aku tak boleh nak tolak
yang bila kita berjaya 
ramai yang akan berada dekat dengan kita
bila kita jatuh?
di situlah kita akan lihat
siapa yang ada dengan kita

bukan aku mahu menilai dari sisi cahaya
dan aku juga tak nak mengambil pandangan dari sisi gelap
ahhh
aku juga manusia

cuma mungkin ada sesuatu yang membezakan
aku dengan kau , dan kalian semua
kamu semua ada kelebihan dan kekurangan masing2

dan apabila aku tinjau dalam diri aku 
masuk ke dalam otak , tembus ke akal
aku macam tak boleh nak nampak
di mana hala tuju sebuah perjalanan yang aku lalui

terkadang aku sangatlaa keliru
aku punyai impian yang tinggi
tinggi sangat
sampai aku terlepas peluang nak teroka
peluang2 kecil
dan kadang2 aku persoalkan diri aku
kenapa aku lepaskan

mereka kata
waktu belajar inilah nak teroka keseronokan
tapi apa yang aku lihat
sisi pandangan aku pada alam sekeliling terlalu kabur
masing2 nak kejar kejayaan yang mereka sendiri tak tahu mengapa

aku terasa sempit dengan jalan itu
aku mahu gerak sendirian
tapi aku perlukan teman
aku nak menangis memenuhi lembah lautan
tapi aku melihat tanah yang gersang timbul dalam fikiran

andai aku kata aku punyai cahaya laser
 yang mampu menembusi dunia realiti
aku rasa aku terlalu ketar nak pancarkan sendirian
aku butuh kekuatan
dan terkadang aku kaku di tengah lapangan

dan sekarang aku berfikir
siapa yang benar2 mahu bersamaku
di kala senang dan susah?

family tidak termasuk 
kerana mereka semestinya senantiasa bersamaku

yang aku wacanakan
adalah mereka yang aku gelar sahabat pada bibir
di luar bermain sebagai teman
di realiti berjalan sebagai kawan

masih ada lagikah mereka yang sedar kehadiranku di kalangan mereka?

aku tidak mahu kecewa dengan permainan jiwa
sebab aku dah terlalu lelah berfikir
di balik fantasi cinta

maka aku berharap keajaiban lampu malap
yang aku harapkan mampu menerangi hitamnya sisi pandanganku
dari terus gelap mencari identiti
agar akhirnya
aku mampu terus melangkah
mencari pelangi

ya Allah 
aku butuh kekuatan

mohon belas kasihanMU 
berkatilah mereka yang sentiasa berada di sampingku
permudahkanlah urusan mereka

aku sayang kamu semua
:: moga Allah sentiasa berkati kalian ::

No comments:

Post a Comment