Friday, April 5, 2013

tak sangka

salam kesemuanya
sekarang jam 12.26 pagi
5/4/2013 - Jumaat
alhamdulillah Allah bagi lagi peluang
nak tulis kat sini
dan berfikir
dan segala peluang yang ada
moga kita selalu jadi orang yang bersyukur

tadi aku nak pergi satu program
tapi aku tak ada hati sungguh nak pergi
maka segala perjalanan aku tu
macam lambat jer
last2 aku tak pergi -_-

masa nak balik kolej
aku terserempak dengan kawan aku
waktu ni malam laa
baru jer tadi , LOL
mula2 aku ingat nak duduk sorang
lepas tu dia pun nak makan
maka dia temankan

sambil dia makan nasi
dan aku minum mountain dew *wink wink
kami duduk laa bercerita

sejujurnya macam entry lepas
aku cakap aku macam serabut sikit lately ni
apabila serabut
plan macam mana pun
rasa macam tak ada hati nak buat
aku tak suka perasaan tuh
jadi nak kena cari kekuatan balik
dan aku tau tak mudah

dan tadi aku pun cerita kat kawan aku tuh
dan dia pun rasa benda yang sama aku rasa

semester ni
sungguh aku kata
nak main2 pun tak sempat
kalau tak urus masa tu
memang macam nak menangis laa
sebab banyak sangat kerja
test dan kuiz bertimbun
aduhai , penat nak kejar

banyak laa kitorang cerita
haha , lama jugak laa duduknya
lepas tu datang lagi seorang
kami pun duduk bertiga
berkongsi cerita sampai beberapa ketika

jujur aku kata
problem aku pun macam hilang
apabila kita cerita kat orang
dan diorang pun supportive sangat
thanks ya Allah for sending them to me

kadang2 kita tak sangka
orang yang kita jarang jumpa
itu yang akan ajar kita sesuatu
dia yang akan dengar masalah kita
dia yang doakan utk kita
etc

itu sebabnya
mak aku selalu kata
kawan dengan ramai orang
dan sekarang aku tahu kenapa
haha
dah lama perasan benda ni 
saja nak tulis :P

makanya
hargailah sesiapa pun yang hadir dalam hidup kita
tak kisah siapa
jangan nilai manusia berkaitan yang buruk sahaja
kita pun bukan sempurna

aku ada kerja akaun yang perlu dibuat
dan hujung minggu nie ada program
minggu depan test berderet
lagi dua minggu ada mid term test

doakan kami semua

jaga diri ^^

No comments:

Post a Comment