Tuesday, February 25, 2014

Hari cuti tanpa cuti


LMAO
aku tak tahu mana dapat idea tajuk
tapi aku tulis je la mana yang datang dalam kepala

semalam aku tak boleh tidur
gatal tangan bancuh kopi jam 9 malam ke atas
memang tak boleh tidur lah kan?
sudahnya , hampir jam 3 pagi baru boleh lelap
tu pun sebab rakan di twitter dah marah
ahh , aku sayang mereka

siapa mereka?
aku punya dua akaun twitter
satu adalah akaun peribadi ( yang aku dah lama tak buka )
lagi satu adalah akaun sendiri juga ( cuma aku selalu buka , dan aku cakap perkara yang aku suka )
lebih peribadi kerana di sana aku lebih berbicara soal idola
haha

dan mereka adalah Babys
( kebanyakannya )

Babys adalah nama fandom untuk artis B.A.P
kami bagai satu keluarga besar
Babys + Babys
Babys + B.A.P
B.A.P + Babys

akaun di sana
aku lebih terbuka
kerana ramai kenalan dari luar yang aku kenali
dan aku rasa aku lebih rasa bebas di sana
tak semua mampu untuk terima apa yang kau minat
jadi apabila aku kumpul mereka yang sekepala
nah ~ tak habis cerita la jawabnya

semalam aku cerita pada mereka
aku tak boleh tidur
sebab minum kopi
mereka suruh aku buat itu dan ini
dan tidur setelahnya

sebenarnya aku rancang nak buat macam-macam waktu cuti ni
tapi tak semua terlaksana
kpop punya pasal
haha
februari ini
B.A.P membuat comeback 
dengan album FIRST SENSIBILITY
semua stages
semua awards
hampir semua aku akan cuba ikut
berdasarkan kelajuan internet di rumah
apabila ada LIVE stage
aku kena ikut streaming line
jadi terpaksa ikut waktu Korea
yang mana lebih satu jam awal
laju internet , laju la update
kalau tidak
ada la cara yang lain
yang panjang untuk di cerita kan

sekarang
aku tak tahu nak rasa apa
semester hampir bermula
aku tak berapa bersedia untuk masuk
dan hadir ke kampus baru
aku tak tahu kenapa

ada rasa sedih yang aku tak mampu cerita
ada rasa malas yang aku tak mahu bendung

maka aku habiskan sisa cuti ini menghabiskan saki tugasan yang ada
tunggu lah beberapa ketika
harapnya keadaan di tempat baru
memberi makna berbeda

sehingga lain entry
maaf
entry kali ini agak membosankan sedikit



P/S :
I am so mad with eyk for the sake 
that they talked bad about our boys
thanks
wishing you all the best *****



No comments:

Post a Comment